Malaysia Dateline

Meja kemas: MB Terengganu goyang kaki, duit royalti ‘free’ sejak tahun 2019

Meja berselerak itulah gambaran yang dikemukakan oleh pemimpin Pas Riduan Mohd Nor kononnya menyindir Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim.

Sebagai Perdana Menteri tidak seharusnya tampil dengan suasana meja berselerak apatah lagi dengan banyak kerja.

Meja kemas pula di sebaliknya dilontarkan kepada Dato Seri Dr Shamsuri dengan menampilkan meja yang tersusun dengan kemas.

“Sekiranya duit Royalti tidak diterima oleh Kerajaan Terengganu, saya yakin orang yang pertama pergi jumpa Dato Seri Anwar Ibrahim.

“Tetapi bukanlah MB Perlis, tetapi MB Terengganu dan MB Kelantan,”kata Sham Ghaz.

Beliau juga seorang Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional yang juga dikenali sebagai Hishamuddin Ghazali menyifatkan dana yang diberikan kepada Terengganu kemudian diserahkan ke Perbadanan Khusus bagi memantau perbelanjaan Negeri dari A hinggalah Z.

Maka di situlah kata beliau, rakyat boleh lihat MB Terengganu ‘competence’ atau tidak dan jika baru tahu adakah “kehebatan” yang diperkatakan oleh Riduan Mohd Nor adalah benar ataupun kehebatan palsu.

Beliau juga berkata dan mencadangkan jika mahu “test” kehebatan Kerajaan Negeri Terengganu memacu ekonomi, apa kata royalti tahun 2023 tangguh dulu hingga Disember 2023, duit tetap bagi.

“Bukti nyata dan jelas, jika rujuk Buku Belanjawan Terengganu 2022, amat jelas Terengganu bergantung penuh 84.9% kepada Hasil Bukan Cukai (termasuk Royalti).

“Belanjawan Terengganu bagi tahun 2022 total semua adalah RM1.507 billion, tetapi Royalti Petroleum adalah RM1.28 Billion (terima hasil bukan cukai).

“Mereka cuma perlu cari RM227 juta sahaja duit luar selain royalti bagi tahun 2022. Kerja tak penat pun, lantik tunggul kayu pun boleh jika setakat goyang kaki terima duit Royalti setiap tahun,” kata beliau.

Justeru, katanya perlu diingat Royalti Terengganu diberi semula zaman Kerajaan Pakatan Harapan memerintah Malaysia tahun 2019.

Bahkan kata beliau, boleh rujuk juga Royalti tahun 2019 sebanyak RM1.277 billion tahun 2020 sebanyak RM1.28 Billion.

“Ustaz Riduan dan Dr Shamsuri ni antara naqib kami di UPM dulu. Jangan ambil hati,”komennya lagi.

Baca juga: Kenapa Hamzah dilantik sebagai Ketua Pembangkang?

Baca juga: Bapa politik lompat rasa sedih bila jadi mangsa lompat, kata Khalid