Mejar Razali sertai AMANAH, buka cawangan Cheras Baru

Mejar Razali sertai AMANAH, buka cawangan Cheras Baru

Bekas Ketua Umno Bandar Tasik Jaya Mejar (B) Razali Zakaria mengesahkan dirinya telah menyertai AMANAH dan bakal menerajui cawangan Cheras Baru.

Beliau yang juga pernah bersama kumpulan pelampau Baju Merah pimpinan Datuk Seri Jamal Yunos berkata surat untuk membuka cawangan dan senarai nama ahli jawatankuasa telah dikemukakan kepada jawatankuasa pusat bulan lalu.

Katanya, kini menunggu surat kelulusan rasmi serta tarikh daripada jawatankuasa pusat untuk merasmikan cawangan itu.

“Buat masa ini saya telah mendapatkan kira-kira 50 orang (untuk menyertai AMANAH). Ada banyak lagi yang mahu menyertai tetapi saya meminta mereka untuk datang semasa pelancaran,” katanya dipetik Malaysiakini.

Razali berkata ini adalah selaras dengan janjinya untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan berjanji akan mendapat lebih banyak ahli, khususnya dari Umno dan PAS untuk menyertai AMANAH.

Ditanya sama ada timbul sebarang bantahan ketika beliau merancang untuk menyertai parti itu, Razali berkata tidak ada bantahan tetapi sebaliknya beliau dialu-alukan.

Pada 23 Jun lalu, Razali yang sering bersama Jamal dalam beberapa protes jalanan mengumumkan dirinya meninggalkan Umno pada satu sidang akhbar di Seremban.

Waktu itu beliau tidak memaklumkan menyertai Bersatu sebaliknya hanya menyokong Kerajaan Harapan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau telah memutuskan hubungan dengan Jamal kerana tidak yakin dengannya dan menyifatkan Jamal berjuang hanya untuk diri sendiri.

Razali, yang juga Pengerusi NGO Pertubuhan Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) dilihat memainkan peranan penting dalam gerakan Baju Merah.

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote