Malaysia Dateline

Melaka bakal bina 92 Rumah Peduli menjelang 2020

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari memberitahu sebanyak 92 permohonan Rumah Peduli Rakyat telah diluluskan dan perumahan rakyat termiskin itu akan dibina menjelang 2020.

Menurutnya, Rumah Peduli merupakan inisiatif rumah percuma yang ditawarkan kerajaan negeri Melaka kepada masyarakat yang betul-betul memerlukan dan mematuhi setiap kriteria pembinaan rumah tersebit.

“Untuk makluman, setakat ini Kerajaan Negeri telah menerima sebanyak 92 permohonan yang telah diluluskan dan akan dibina menjelang 2020.

“Kepada Puan Asmah Adam yang berusia 73 tahun, semoga Rumah Peduli ini dapat memberi keselesaan dan lembaran baru buat keluarganya.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Rumah Peduli Rakyat ini,” kata Pengerusi AMANAH Melaka itu lagi.