Malaysia Dateline

Melambung 7,857, tiga hari berturut-turut lebih 7,000 kes Covid-19

Kes harian Covid-19 terus melonjak melebihi 7,000 kes untuk tempoh tiga hari berturut-turut dengan 7,857 kes dilaporkan hari ini.

Angka tersebut sekali gus rekod kes harian Covid-19 tertinggi pernah dilaporkan sejak pandemik membawa maut itu menular di negara ini pada Februari tahun lalu.

Ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 541,224 kes pada hari ketiga pelaksanaan sekatan tambahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Selangor kekal mencatatkan rekod tertinggi sebanyak 2,675 kes menjadikan negeri penyumbang utama dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu merekodkan sebanyak 177,450 kes.

Seterusnya, Sarawak dengan 772 kes diikuti Kelantan (754), Kuala Lumpur (561), Johor (549), Pulau Pinang (365) dan Sabah (217 kes).