Mampukah Melayu miliki rumah di negeri lain, soal netizen

Dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman bahawa orang Melayu tidak mampu untuk memiliki rumah atau tanah di Selangor dan Pulau Pinang mengundang kritikan warga netizen.

 

Dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman bahawa orang Melayu tidak mampu untuk memiliki rumah atau tanah di Selangor dan Pulau Pinang mengundang kritikan warga netizen.

Pengguna laman sosial Facebook, Razak Shaari berkata, seolah-olah Melayu di negeri-negeri yang dikuasai Barisan Nasional (BN) sungguh berkemampuan memiliki hartanah sendiri.

“Hal rumah, tanah pun, menteri Umno nak politikkan. Macamlah kita rakyat ini bodoh. Isu besarnya ialah polisi perumahan dan tanah oleh kerajaan Persekutuan yang longgar memberi ruang kepada korporat yang memang nak kejar untung buat banyak2 kondominium mewah untuk warga asing miliki,” bidasnya.

Sementara itu, kerisauan yang didakwa oleh Azalina sebagai cukup berasas dalam jawapan bertulisnya kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen semalam, dianggap oleh Faiez Ali sebagai berpura-pura.

“M****** punya menteri. Yang meluluskan projek perumahan adalah Umno, sejak dahulu lagi. Ambil contoh di melaka (kerajaan BN). Harga rumah minimum RM600,000 di kawasan bandar dan pinggir bandar pun sudah mencecah RM300,000. Apa kesannya? Anak muda terpaksa menyewa atau beli rumah di kampung-kampung.

“Siapa yang duduk beli rumah di bandar Melaka? Siapa lagi jika bukan orang negara luar seperti Singapura. Akhirnya apa yang tinggal untuk anak tempatan? Hanya tinggal menteri-menteri mangkuk dan duit BR1M buat beli roti canai,” tegasnya.

Ketika Azalina hanya menyebut hanya di negeri Selangor dan Pulau Pinang, orang Melayu sukar mendapatkan hartanah, ada pengguna media sosial mengingatkan tentang realiti harga kediaman di ibu negara.

“Eh, kat Kuala Lumpur, projek perumahan mewah yang naik mencanak-canak, orang Melayu ke yang bakal duduk tu? Padahal, kawasan perkampungan Melayu yang tinggal sedikit ni pun lagi nak disapu,” ujarnya yang tinggal di kawasan Kampung Kerinchi yang pada masa ini sedang rancak dengan projek komersial dan kediaman mewah.

Dalam hal berkaitan, Azim Samsudin pula turut mengaitkan keputusan kerajaan memindahkan Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi yang telah menjadi pangkalan udara sejak tahun 1965 ke Negeri Sembilan.

“Jual kem Sg Besi kepada cukong. Pindahkan batalion tentera ke Labu. Atas alasan kedudukan kem baru itu agak tersorok dari pengetahuan musuh.

“Pastu pulak, buat statement lawak lagi, nak kaji kemungkinan menyekat aplikasi Waze atas faktor keselamatan!” ujar Azim lagi.

TAGS