Malaysia Dateline

‘Melayu mana yang kamu tolong? Yang ditolong itu Tan Sri, Datuk’

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan memberi kontrak projek-projek kerajaan yang hanya berlegar dalam kalangan golongan kaya disebalik dakwaan kononnya membantu Melayu.

Menurutnya, berbeza dengan Pakatan Harapan (PH), blok tersebut mengutamakan keadilan, kemanusiaan dan usaha mengangkat martabat manusia.

“Kalau betul tolong Melayu, saya okey. Melayu mana yang kamu tolong? Tanya Melayu (penonton) di belakang ini, yang mana dapat ditolong.

“Yang ditolong itu Tan Sri, Datuk tapi bila kempen (pilihan raya) nak selamatkan orang Melayu.

“Macam-macam kontrak mentekedarah tak habis-habis…. lesing (gaya ingin belasah), itu yang saya marah tu,” katanya diikuti ketawa hadirin ketika berucap dalam program Jelajah Harapan Selangor di Dataran Pantai Morib Kuala Langat malam tadi.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menegaskan kerajaan sepatutnya menumpukan soal mengangkat martabat manusia termasuk bersikap adil.

“Kita cakap soal keadilan, Pakatan Harapan bercakap soal kemanusiaan. Ini yang patut kita lakukan termasuklah kos sara hidup,” tegas Anwar lagi.