Malaysia Dateline

Melayu pertama pandai tulisan Braille, Ann Majid meninggal dunia

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Datuk Ann Majeed meninggal dunia hari ini ketika berumur 94 tahun.

Ann, orang Melayu pertama yang boleh menulis dan mebaca tulisan Braille di Malaysia meninggalkan dua anak dan enam cucu selamat dikebumikan selepas Zohor setelah disembahyangkan di Masjid Saidina Abu Bakar, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Ann disahkan menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 3.10 pagi tadi, kata anak saudaranya, Shahrul Muhamad kepada Malaysia Dateline.

Ketika hayatnya, Ann merupakan pengetua pertama Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Princess Elizabeth Johor Bharu.