Malaysia Dateline

Melayu satu parti, seruan konkrit Mahathir, kata Mohamad

Seruan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengajak semua parti politik Melayu berada di bawah satu parti adalah seruan yang konkrit, kata Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Beliau berkata, mana-mana parti politik memerlukan sokongan yang kuat begitu juga parti yang diterajui oleh orang Melayu.

“Memanglah parti politik mahu parti yang kuat, walau bagaimanapun orang Melayu mesti ada kekuatan terutama dalam Pakatan Harapan supaya dilihat seimbang dan kuat pada masa hadapan.

“Pelawaan Dr Mahathir sesuatu yang konkrik,” ujarnya ketika ditemui media di lobbi Parlimen hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan dibuat oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada Jumaat yang dipetik berkata, demi memastikan orang Melayu menjadi kuat dan tidak berpecah belah, mengajak semua parti politik Melayu bergabung di bawah satu part.

Ditanya sejauh mana seruan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mendapat sokongan parti dan orang Melayu?

Mohamad menambah,”soal mengajak orang melayu sertai Pakatan Harapan adalah satu seruan yang diusahakan Pakatan Harapan, termasuk saya sedang berusaha.

“PH akan terus memerintah di masa akan datang.

“Penerimaan orang Melayu (terhdap PH) makin meningkat terutama sahnya perkahwinan Pas dan Umno,” ujarnya lagi,