MELCAT libatkan Adun kerajaan & bukan kerajaan

Ucapan Usul Menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Kecekapan, Kebertanggungjawaban & Ketelusan Negeri Melaka MELCAT pada Persidangan Ketiga Bajet Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14

Antara ADUN yang dipilih adalah ADUN Duyong, Damian Yeo Shen Li; ADUN Kesidang, Alex Seah Shoo Chin; ADUN Klebang, Gue Teck; ADUN Bemban, Datuk Dr. Wong Fort Pin; ADUN Merlimau, Datuk Roslan Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

Fungsi Jawatankuasa MELCAT adalah untuk membantu menyiasat dan seterusnya mencadangkan kaedah penyelesaian sama ada berjangka pendek, sederhana mahupun berjangka panjang.