Malaysia Dateline

Melintas masa lampu dah hijau, tak tengok kiri kanan – Apa berlaku selepas dia jauh melambung?

Satu rakaman papan pemuka (dashboard) sebuah kereta menunjukkan bagaimana padah melintas jalan raya ketika lampu hijau untuk kenderaan bergerak selain tidak menoleh ke kiri dan kanan sebelum menyeberang.

Lelaki bersinglet putih dan berseluar panjang hitam itu dilihat tergesa-gesa melintas mengakibatkan dia dilanggar sebuah kereta sehingga mangsa agak jauh melambung.

Kejadian yang dikatakan di Johor Bharu itu, menurut skrin dashboard tersebut berlaku pada jam 7.20 malam tadi.

Kelibat individu yang melintas jalan tak toleh kiri kanan sebelum dilanggar kereta yang dipandu laju.

Rata-rata warganet menyifatkan individu terbabit sebagai bersalah kerana gagal memastikan jarak yang selamat dengan kenderaan yang sedang meluncur sebelum melintas.

“Salah orang yang nak melintas tu. Laluan kereta tu memang hijau, yang nak melintas tu pulak tak toleh kiri, kanan.

“Lampu hijau memanglah kereta jalan, mana dia sangka ada orang melintas, lagi pulak terlindung dengan kereta lorong kanan.

“Nak bawak kereta yang takut. Tak memasal nak baiki kereta, turun naik mahkamah, padahal bukan salah kita.”

Demikian antara komen orang ramai yang turut sama mengingatkan orang lain agar lebih berhati-hati semasa di jalan raya sama ada pemandu kenderaan mahupun pejalan kaki.

Baca juga Dahlah tiada adab, postur badan pun tidak betul, bahaya pula tu! Ini risiko letak kaki di papan pemuka kenderaan

Baca juga Degil dia pun banyak manfaat tau – Sambau banyak khasiat, kucing dah lama tunjuk, manusia je lalai