Memahami Pindaan Akta Kewarganegaraan India ( Citizenship (Amendment) Act) 2019

Memahami Pindaan Akta Kewarganegaraan India ( Citizenship (Amendment) Act) 2019
Terdapat protest besar-besaran terhadap rang undang-undang Akta Kewarganegaraan yang diadakan di Assam, India pada 2019 lepas.-Foto EPA.

(Bahagian 1)

Pada 12 Disember 2019, Pindaan Akta Kewarganegaraan telah digubal di India. Undang-undang tersebut merupakan salah satu agenda utama yang diangkat oleh Parti Bharatiya Janata (BJP) setelah diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara India selepas mengekalkan kemenangan dalam Pilihanraya Umum India yang diadakan pada 2019.

Penggubalan undang-undang tersebut menerima pelbagai bentuk respon termasuklah protes yang dimulakan di Assam dan tersebar ke Delhi, Meghalaya, Arunachal, Pradesh dan Tripura. Ratusan petisyen juga telah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi India untuk mencabar keabsahan undang-undang tersebut. Protes yang dianjurkan juga telah mengakibatkan ribuan tangkapan dan kematian 27 peserta protes.

Senario-senario seperti yang diutarakan meninggalkan pelbagai persoalan. Bagaimanakah pindaan tersebut mampu menerima respon seteruk itu? Bagaimankah, 27 peserta protes itu sanggup untuk mengorbankan nyawa mereka atas dasar ingin menentang pindaan tersebut ?

Terdapat beberapa kritikan yang mencabar, bukan sahaja isi kandungan malah keabsahan perlembagaan (constitutionality) pindaan Akta Kewarganegaraan itu. Kritikan-kritikan tersebut telahpun diutarakan oleh peguam-peguam di India seperti Nivedhitha K (Judicial Intern di Hon’ble Justice DY Chandrachud), Prabhash Ranjan (senior assistant professor, South Asian University’s faculty of legal studies), Varun Kannan, Shivam Singhania dan para pengamal undang-undang di India.

Tulisan ini bertujuan untuk memberi secebis idea dan rumusan tentang hujah-hujah yang telahpun dikemukakan oleh para pengamal undang-undang tersebut berkenaan dengan pindaan Akta Kewarganegaraan India ini.

Perbincangan mengenai pindaan Akta Kewarganegaraan ini menjadi kontroversi dengan kewujudan Seksyen 2(b) yang memperuntukkan peruntukan seperti berikut :

“Provided that any person belonging to Hindu, Sikh, Buddhist, Jain, Parsi or Christian community from Afghanistan, Bangladesh or Pakistan, who entered into India on or before the 31st day of December, 2014 and who has been exempted by the Central Government by or under clause (c) of sub-section (2) of section 3 of the Passport (Entry into India) Act, 1920 or from the application of the provisions of the Foreigners Act, 1946 or any rule or order made thereunder, shall not be treated as illegal migrant for the purposes of this Act;”

Dengan kata lain, pindaan ini telahpun menterjemah semula frasa “pendatang tanpa izin” (illegal immigrants) dengan mengecualikan secara spesifik 6 komuniti minoriti (seperti yang disebut, Hindu, Sikh, Buddha, Jain, Parsi dan Kristian) yang dianiaya (persecuted) di tiga negara iaitu Afghanistan, Bangladesh dan Pakistan.

Pindaan ini telahpun mengakibatkan 2 pengklasifikasian utama iaitu pengklasifikasian agama dan negara.

Seperti yang telah diutarakan oleh peguam Nivedhitha K, pindaan tersebut boleh dikategorikan sebagai “tidak berperlembagaan” (unconstitutional) melihatkan kepada beberapa sebab :

1. Pengklasifikasian tersebut gagal diasaskan kepada perbezaan dengan sebab yang berkapasiti untuk difahami (intelligible differentia)

Nivedhitha memetik apa yang telah digariskan oleh Hakim Indra Malhotra yang antara lain mengatakan bahawa “intelligible differentia” hendaklah dikira sebagai “reasonable differentia” (perbezaan yang munasabah)

Ia bermaksud sandaran kepada sebab sesebuah komuniti itu dipilih dan komuniti lain tidak dipilih hendaklah diasaskan kepada sebab yang munasabah dan boleh diterima logik.

Nivedhitha menghujahkan bahawa agama, bangsa, kasta dan tempat tinggal merupakan perihal asas bagi sesebuah individu ( intrinsics and core traits of an individual) dan sebahagian daripada auntonomi peribadi. Oleh sebab itu, pengklasifikasian berasaskan perihal tersebut mampu melemahkan (undermine) autonomi peribadi seseorang individu lantas bercanggah dengan prinsip asas Perlembagaan India yang memperuntukkan perlindungan sama rata melalui kaca mata undang-undang (equal protection of laws). Beliau juga memperkukuhkan hujahnya dengan mengatakan bahawa pengklasifikasian tersebut tidak boleh diterima (impermissible) dan secara perlembagaannya, tidak relevan (constitutionally irrelevant).

2. Ketidakmampuan memenuhi prinsip yang termaktub dalam Artikel 14 Perlembagaan India (Inability to fulfil Article 14 of the Constitution’s nexus prong.)

Tujuan pindaan undang-undang ini adalah untuk melindungi 6 komuniti yang didakwa berdepan dengan penganiyaan agama (religious persecution) di Afghanistan, Bangladesh dan Pakistan. Namun, kewujudan Seksyen 2(b) itu sendiri gagal menjawab persoalan mengenai justifikasi mengapakah wujudnya pengecualian (exclusion) terhadap komuniti lain (Muslim contohnya) daripada komuniti teraniaya (persecuted community) tersebut ?

Nivedhitha menghujahkan bahawa pengklasifikasian terhadap agama telahpun diasaskan kepada premis yang salah yang mana, hanya kelompok minoriti sahaja mampu dianiaya dalam sesebuah negara majoriti Muslim. Beliau mengatakan bahawa terdapat juga penganiayaan agama terhadap mazhab (sect) dengan mengambil contoh penganiayaan agama terhadap mereka yang bermazhab Shiah dan kelompok Ahmadiyya di Pakistan yang memberi sebab untuk mereka berhijrah ke India. Mengambil kira dakwaan tersebut sah, apakah yang menyebabkan kerajaan India menjadi begitu selektif dalam usaha membantu dan melayani mereka yang teraniaya di tempat yang sama namun mempunyai kepercayaan yang berbeza. Ketidakkonsistenan ini begitu jelas dan menjengkelkan.

3. Pengklasifikasian berasaskan negara : Gagal memenuhi ujian keputusan sembarangan (Country-based classification : It fails the “manifest arbitrariness test”.

Seperti yang dikemukakan dalam “The Statement of Objects and Reasons” pindaan Akta Kewarganegaraan India tersebut, sebab yang dikemukakan untuk membenarkan pengklasifikasian berasaskan negara adalah kerana ketiga-tiga negara (Afghanistan, Bangladesh dan Pakistan) merupakan negara jiran bagi negara India. Nivedhitha dan peguam Varrun Kannan menyanggah sebab tersebut dengan mengutarakan hujah yang cukup penting. Mereka berhujah, “sekiranya sebab itu diterima, maka justifikasi terhadap pengecualian kepada Sri Lanka dan Myanmar hendaklah diberikan kerana kedua-dua buah negara tersebut juga merupakan negara yang berdekatan dengan India”

Seperti yang disebut oleh Peguam Negara Malaysia, Tommy Thomas, “like situastions demand like responses”, ianya jelas, pada hemat saya, bahawa kerajaan India sudahpun gagal menyediakan (supply) hak untuk dilayani secara adil yang mana merupakan permintaan (demand) utama rakyat India.

Nivedhitha juga menyediakan beberapa argumen penting yang cuba menggambarkan kemungkinan hujah (possible arguments) bagi menyokong pengklasifikasian berasaskan negara itu serta penerengan tentang mengapakah kemungkinan hujah tersebut bermasalah.

1. Pakistan dan Bangladesh merupakan sebahagian daripada British India suatu ketika dahulu. Namun begitu, Afghanistan tidak termasuk dalam kelompok tersebut bermakna ianya mustahil untuk logik pengklasifikasian ini diasaskan mepada prinsip “divided India/undivided India”

2. Afghanistan, Pakistan dan Bangladesh mempunyai agama pusat (state religion). Perlu diingatkan bahawa Sri Lanka juga menetapkan agama Budha sebagai agama pusat. Sekiranya logik ini diterimapakai, negara Sri Lanka sewajarnya telahpun diterima sebagai salah satu daripada negara yang menjadi subjek dalam Seksyen 2(b) ini.

3. Setiapa negara mempunyai darjah kebahayaan (degrees of harm) yang berbeza. Sekali lagi, sekiranya logik ini diterima, penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar sewajarnya dikira kerana penganiyaan tersebut telahpun dikategorikan sebagai “the most persecuted community in the world” menurut laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 2013.

Terdapat beberapa lagi perkara yang perlu diutarakan mengenai pindaan ini namun saya berhasrat untuk melanjut perbincangan tersebut di penulisan seterusnya.

(bersambung).