Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Memahami tidak bermaksud bersetuju

Memahami tidak bermaksud bersetuju

Oleh LIM HONG SIANGDecember 27, 2019 8:32 pm




Secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan himpunan (yang kemudian ditukar kepada mesyuarat tertutup) anjuran Dong Jiao Zong berhubung isu tulisan Jawi pada 28 Disember 2019.

Saya tiada masalah dengan tiga muka surat tulisan Jawi yang mahu diperkenalkan. Pada masa yang sama, saya memahami kegusaran dalam kalangan masyarakat Cina dalam isu ini.

Memahami tidak bermaksud bersetuju. Saya memahami bagaimana sesetengah komuniti Melayu menjadi resah, sehingga terpanggil untuk menyertai himpunan anti-ICERD; juga mereka yang menganjurkan Kongres Maruah Melayu. Tetapi ia tidak bermaksud saya bersetuju dengan pendirian mereka.

Selagi ia dikendalikan dengan baik, ini adalah hak mereka. Himpunan anti-ICERD biarpun dikhuatiri bakal mencetuskan ketegangan, berakhir dengan aman di sebaliknya. Malah, pemidatonya berjanji untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan melalui PRU15. Kesemua ini menunjukkan bahawa sungguhpun berbeza pandangan, kita semakin matang untuk akur dengan hakikat bahawa pilihan raya adalah saluran untuk menukar kerajaan.

Kebebasan berhimpun adalah hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, dan rakyat semakin matang untuk mengamalkan hak yang diberikan. Mereka menggunakan hak mereka dengan bertanggungjawab.

Justeru itu, apapun yang mahu dianjurkan Dong Jiao Zong pada 28 Disember 2019, harus diizinkan selagi tidak mengancam ketenteraman. Jikalau ada yang cuba mencetuskan kekecohan, tidak kira daripada pihak mana, harus diambil tindakan yang sewajarnya dan seadilnya.

Keputusan untuk menghalang mesyuarat tertutup anjuran Dong Jiao Zong, dikhuatiri mencetuskan rasa ketidakselesaan dalam kalangan masyarakat Cina. Mereka akan mempertikaikan, mengapa himpunan anti-ICERD, Kongres Maruah Melayu diberi lampu hijau, tetapi hak berhimpun mereka dinafikan?

Sentimen sedemikian akan memburukkan hubungan antara kaum. Persepsi bahawa kaum Cina ditindas semakin menebal, dan kerajaan akan dianggap tidak adil ketika mengendalikan pertikaian sedemikian. Ia tidak membantu dalam pembinaan kepercayaan (build trust) antara etnik.

Dan ia akan merumitkan keadaan apabila tercetusnya isu kontroversi yang lain pada masa depan.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Terkini

‘Kalau PM boleh gantung Parlimen, apa salah gantung projek dewan RM35 juta’

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Idris pemimpin kanan Pas pertama positif Covid-19

6 persoalan yang perlu diselesaikan Kementerian Pendidikan

8 MP Kedah mohon sekolah tidak dibuka 20 Januari

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production