Malaysia Dateline

Memaksimakan potensi harta semasa hidup

Amal soleh bukan sekadar ibadah di masjid tetapi merangkumi bagaimana kita melaksanakan hubungan dengan Allah dan dengan makhluk Allah.

Rasulullah SAW sentiasa menggunakan peluang untuk memberikan kesan yang besar. Contohnya, setiap nabi diberikan doa yang tidak akan ditolak. Kesemua nabi telah menggunakannya melainkan Rasulullah SAW. Dia melenggahkannya untuk digunakan di Akhirat bagi membantu umatnya dan manusia yang lain untuk memulakan proses di Mashsyar.

Kita perlu mengikut Rasulullah SAW untuk menggunakan potensi yang ada bagi memberikan impak yang besar.

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” – Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880).

Sebelum kita mati, amal perbuatan baik kita dikira sebagai amalan kita. Apabila mati, kesemua harta kita menjadi milik orang lain.

Walaupun kita meninggalkan wasiat supaya harta itu digunakan untuk kebaikan, ianya bergantung kepada orang yang mewariskannya. Oleh itu gunakanlah harta untuk kebaikan semasa kita hidup.

Orang yang bijaksana akan menguruskan amalannya supaya dia terus mendapat manfaatnya walaupun dia telah mati.

Rasulullah SAW suka memberi panduan berdasarkan angka 3. Contohnya hadis di atas, sifat orang munafik dan perkara yang perlu di ajar kepada anak. Adakah Rasulullah SAW menghadkan perkara-perkara di atas kepada 3 atau pun 3 itu hanyalah contoh?

Di dalam hadis-hadis lain, Rasulullah SAW memberikan contoh yang lebih dari 3 malah ada sehingga 12. Maka, apa yang boleh disimpulkan ialah yang pentingnya ialah konsep/nilai kepada apa yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW.


Penulis adalah bekas CEO Tabung Haji. Tulisan ini disiarkan dalam facebook beliau.