Memali: Takiyuddin sifatkan kenyataan Tun Haniff pra matang

Memali: Takiyuddin sifatkan kenyataan Tun Haniff pra matang

Pas menyifatkan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar telah mengeluarkan kenyataan pra matang berhubung penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) tragedi Memali.

Portal Utusanonline dipetik menyatakan, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sepatutnya sebagai bekas pegawai tertinggi polis, beliau tidak mempamerkan sikap campur tangan dalam urusan RCI.

Beliau berkata, ini kerana RCI tersebut bebas dan berfungsi mencari keadilan atas dasar ‘tanpa rasa takut dan pilih kasih’.

“Walau bagaimanapun dalam hal yang sama, Pas amat bersetuju sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut dipanggil.

“Bagi membolehkan beliau memberikan keterangan yang sebenar tentang peristiwa tersebut dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya dalam RCI nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Hanif dilaporkan berkata, RCI untuk menyiasat tragedi Memali yang berlaku 32 tahun lalu akan hanya mendedahkan peranan Abdul Hadi yang menjadi punca kepada peristiwa berdarah itu.

{loadposition myposition}

CATEGORIES
TAGS