Sebuah syarikat penerbangan tambang murah berdepan dengan kritikan hebat apabila melekatkan ‘tape’ atau pita pelekat pada kerusi penumpang.
Sangat menyedihkan, pita itu dilekatkan di tempat letak tangan dengan tujuan untuk membaiki kerosakan kerusi itu secara sementara.
Seorang penumpang yang juga rakyat Malaysia merasa sangat malu ketika dia menaiki pesawat dari syarikat penerbangan terbesar di negara ini.
Membaiki kerosakan seperti melepaskan batuk di tangga, lelaki itu khuatir akan pandangan warganegara asing sekiranya mereka melihat pita pelekat itu.
“D7 379 Air Asia. Taipei ke Kuala Lumpur. 20 Februari 2023. Saya amat malu. Warga asing pasti fikir mereka sedang menuju ke negara yang mundur.
“Pesawat hanya disambungkan dengan menggunakan pita. (Ini) pesawat antarabangsa!.” luah Edward Yong di akaun Facebook miliknya.
Semalam, AirAsia tampil mengeluarkan kenyataan apabila hantaran Edward itu mula menjadi perbincangan hangat di media sosial.
Menurut ketua juruteranya, pita pelekat kuning itu digunakan secara sementara kerana syarikat itu berdepan dengan masalah kekurangan alat ganti.
Katanya, alat ganti itu telah ditempah dari tahun lalu, namun baru saja sampai dan kerja-kerja membaiki akan mengambil masa.
Penumpang juga tidak perlu khuatir kerana ianya adalah langkah pembaikan kabin secara ‘kosmetik’ dan tidak melibatkan isu keselamatan pengguna.
Baca juga: Tujuh kali istikharah, hati ustazah akhirnya dimiliki jejaka asal Belanda