‘Memang patut bapak you mati’, menantu Zainal Abidin dedah perangai sebenar suami

Oleh KIM SYAZIE

Menantu jurulatih bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan, Suzur Sofia merasa hiba apabila suaminya sanggup bersikap biadap terhadap arwah bapanya.

Baharu sahaja meninggal dunia, pemain bola sepak, Zaiza Zainal Abidin sanggup mengeluarkan kata-kata kasar mengenai bapa mertuanya itu.

Sofia mendakwa suaminya itu pernah berkata bahawa bapanya patut meninggal dunia daripada mengetahui sikap anak perempuannya.

“Memang patut bapak you mati dari dia tau perangai you ni jenis betina apa.” Kata Zaiza.

Pendedahan itu dibuat Sofia menerusi tangkap layar yang dimuat turun di akaun media sosial TikTok miliknya.

Berang dengan sikap Zaiza, Sofea turut membongkar sifat sebenar suaminya itu yang langsung tidak bertanggungjawab dalam rumah tangga.

Menurut Sofea, suaminya tidak patut bertindak sedemikian kerana bapanya itu telah membantu menyara kehidupan Zaiza yang digelarkan ‘biawak hidup’ itu.

“Arwah bapak aku la yang sara biawak hidup. Setiap bulan bagi cucu duit. Sekurangnya bapa aku meninggal dengan hati tenang sebab anak-anak dia semua bekerja.

“Bersyukurlah bapa kau masih hidup. Kau pun akan berada di tempat aku pada suatu hari yang mana akan kehilangan orang tua.

“Cumanya tidak tau bila masanya. Ajal maut semua kuasa Allah. Mulut jangan kurang ajar,” luah Sofea.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga mereka bermula apabila Zaiza menuduh isterinya berlaku curang kerana memilih menjadikan pramugari sebagai kerjaya.

Baca juga: Minta ‘alter’ seluar lusuh, tindakan remaja lelaki itu membuat tukang jahit menangis