Mematahkan sekatan dan kekejaman Zionis

Mematahkan sekatan dan kekejaman Zionis

“Peristiwa hitam” telah di catitkan olih Knesset Israel yang meluluskan undang undang penindasan yang kejam dengan mengistiharkan “keseluruhan Kota Baitulmaqdis” sebagai ibu negara Israel.

Ini telah melanggar ketetapan Bangsa bangsa bersatu. Kelulusan Knesset tersebut telah mengesahkan pengumuman lebih awal kerajaan Zionis Israel yang telah di sokong olih Amerika Syarikat serta sekutu sekutunya.

Tindakan Israel serta Amerika dan sekutu mereka tidak menghairankan kita, tetapi sikap berdiam diri olih Arab Saudi bersama Mesir, dua negara Islam jiran Palestin, adalah suatu pengkhianatan kepada semangat persaudaraan sesama umat Islam. Dua negara ini kelihatan makin berjinak dengan Israel.

Ini berbeza jauh dari sikap pemimpin awal mereka pada zaman Raja Faisal dan Jamal Abdul Nasser yang membela rakyat Palestin dahulu.

Menurut jejak Arab Saudi, Kerajaan lama Malaysia dibawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib dahulu juga telah mengecewakan rakyat Negara dengan menerima masuk beberapa pegawai tertinggi Israel selama hampir seminggu pada awal tahun 2018 baru baru ini semasa rakyat Palestin di tembak mati hampir setiap bulan.
Bukan itu sahaja, lawatan tersebut telah juga membongkar perdagangan “sulit” Malaysia-Israel bernilai rm 6 Billion.
Dimanakah semangat setiakawan dengan sahabat saudara Palestin yang di zalimi?

Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh

Rakyat Malaysia menuntut penebusan maruah Negara yang telah tercemar.

Pada 22 hb Julai 2018 seorang rakyat Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh yang berasal dari Terengganu, berlepas menaiki sebuah bot nelayan dari Messina, Italy menuju ke Gaza, Palestine bersama sama dengan 26 orang yang lain dari 12 buah negara.

Bot “Freedom Flottila” ini akan belayar sejauh 2,000 km dan mengambil masa 10 hari. Misi kemanusiaan ini adalah untuk memecah sekatan dan kepongan zalim Israel keatas Gaza untuk menghantar ubat yang di perlukan olih penduduk Gaza yang tercedera di tembak kejam tentera Israel. Mereka ini di tembak sejak berdemonstrasi membantah pengumuman Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel sejak beberapa minggu lepas.

Secara simboliknya inilah cara memecahkan sekatan – blockade kejam Israel sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin.

Sementara Negara jiran Islam Arab Saudi dan Mesir berpeluk tubuh tampa tindakan, warga dunia dari jauh telah datang menunjukkan bantahan keatas Israel serta bersolidariti dengan rakyat Palestin.

Party AMANAH Negara membantah sekeras kerasnya tindakan Knesset Israel meluluskan Baitulmaqadis sebagai ibu negara baru Israel. Ini adalah suatu pengkhianatan besar kota dimana terbina Masjidil AlAqsa iaitu masjid yang ketiga terutama buat umat Islam seluruh dunia.

Prof. Dr Mohd Afandi Salleh yang berangkat ke Gaza adalah mewakili rakyat Malaysia dari era kerajaan Pakatan Harapan yang membawa semangat serta nafas baru kearah membina Malaysia baru yang bermaruah dan berdaulat membela mereka yang tertindas.

 

*Penulis adalah Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH