“Membina Negara Memenuhi Harapan” akujanji Pakatan Harapan untuk rakyat

“Membina Negara Memenuhi Harapan” akujanji Pakatan Harapan untuk rakyat

Tabung Dana Pakatan Harapan turut dilancarkan malam tadi.

Manifesto Pakatan Harapan yang dikenali sebagai “Buku Harapan-Membina Negara Memenuhi Harapan” telah dilancarkan malam ini sebagai ikrar gabungan empat parti -PKR, DAP, AMANAH dan PPBM –  untuk rakyat menjelang pilihan raya umum ke-14 yang bakal diumum pada bila-bila masa.

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kandungan 138 halaman itu hanya akan dapat dilaksanakan selepas PH berjaya menukar kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tetapi sebelum berjaya menumbangkan kerajaan BN, rakyat negara ini ujarnya, perlu bekerja keras untuk tentukan PH menang pilihan raya.

“Bahawa buku ini mengandungi janji yang akan kita laksanakan bila tiba ke Putrajaya.

“Waktu ini ada yang berkata kita kerajaan yang menunggu. Tetapi kalau kita menunggu dia tidak datang bergolek jika tunggu sahaja.

“Kita mempunyai tugas yang penting dan besar untuk tentukan PH ini akan dapat menjatuhkan kerajaan kleptokrasi Najib,” ujarnya ketika berucap selepas melancarkan Manifesto PH malam tadi.

Manifesto yang berasaskan kepada lima teras utama itu merangkumi 10 janji yang akan dilunaskan dalam tempoh 100 hari; 60 janji yang akan dilunaskan dalam tempoh lima tahun pemerintahan dan; lima iltizam khusus.

Turut hadir dalam Majlis Pelancaran Manifesto Pakatan Harapan ini Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Ketua Setiausaha Majlis Presiden Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah dan barisan tertinggi kepimpinan empat parti gabungan.

Pada majlis  ini juga Tabung Dana Pakatan Harapan turut dilancarkan oleh Timbalan Presiden PH Tan Sri Muhyiddin Yassin  dan tabung ini diedarkan pertama kali kepada lebih kurang  2,000 hadirin.

Sejumlah RM13,674.00 telah disumbangkan pada kutipan derma kilat itu untuk membantu gerak kerja pilihan raya PH.

Baca: Lima Teras, 60 kandungan manifesto akan dilancar

7.0
OVERALL SCORE
: 9.0
2 user votes x 6.0