Malaysia Dateline

Membisu 1,000 bahasa selepas diminta audit, jangan hulur sedekah pada NGO yang 90% masuk poket sendiri

Buat golongan yang rajin sedekah melalui NGO, awas ada pertubuhan yang sebenarnya buat aktiviti scam dengan 90% hasil sumbangan orang ramai masuk ke poket sendiri.

Indikator paling mudah dan telus untuk menilai kejujuran NGO yang buat aktiviti mengutip sumbangan ini adalah mengemukakan laporan audit.

Malangnya, terdapat NGO yang tidak keterlaluan dikatakan bergiat dalam aktiviti scam atas nama sedekah berleluasa mengambil kesempatan di atas sifat pemurah kebanyakan masyarakat di negara ini.

Bersedekah itu baik tapi tidak semua NGO itu baik.

Ikuti pandangan KAMARUL AFIQ AS-SUBANJI mengenai NGO dan aktiviti scam atas nama sedekah ini:

Saya cukup sensitif betul bab sedekah dan derma ni. Bagi saya, kalau saya sedekah, saya tak fikir dah pasal pahala sebab pahala tu memang Allah dah jamin selagi mana kita ikhlas. Yang jadi kegusaran saya adalah duit saya bagi tu sampai ke tidak.

Sebab itu, saya tak setuju kalau ada orang kata, “sedekah ni kita biar macam tahi. Lepas bagi, kita biar je”. Kalau kita tak fikir ke mana ia disalurkan, maka suburlah aktiviti scam atas nama sedekah. Siap jual nama Allah pun ada.

Kalau nak bersedekah pada NGO, pastikan NGO tu ada keluarkan audit, bukan membisu 1,000 bahasa selepas diminta audit.

NGO yang sakau duit sedekah ni boleh dikatakan salurkan 10% kepada penerima, 90% masuk poket sendiri. Tayang kat media sosial semata-mata nak tunjuk wayang yang dia dah salur kepada penerima.

Kita kena ada rasa pelik pendiri NGO hidup mewah dengan kereta mewah, rumah besar tapi tak pernah keluarkan audit NGO. Orang minta audit, kau keluarkan air mata meraih simpati kononnya difitnah.

Baca juga Penunggang kesal disaman kerana letak motor di parkir kereta, tapi gambar yang dikongsi buat ramai turut kesal

Baca juga Tak belajar dari Covid-19 ke? Pakar beri amaran, manusia spesis paling dungu jika masih makan daging kelawar