Malaysia Dateline

Memiliki aset RM65.1 juta, kanak-kanak ini digelar ‘bilionair termuda di dunia’

Siapa sangka seorang kanak-kanak di usia 10 tahun sudah digelar ‘billionair termuda di dunia’ kerana memiliki aset bernilai RM65.1 juta.

Selain memiliki rumah agam kanak-kanak dari Nigeria itu mempunyai kereta mewah seperti Lamborghini Aventador dan Bentley Flying Spur.

Muhammed Awal Mustapha dihadiahkan rumah agam pertamanya ketika baru berusia enam tahun selain dikatakan mempunyai banyak wang simpanan.

Menurut Daily Star aset kanak-kanak itu dikatakan bernilai lebih 12 juta pound sterling (kira-kira RM65.1 juta) iaitu lebih enam bilion dalam Naira Nigeria.

Memiliki aset RM65.1 juta, kanak-kanak ini digelar 'billionair termuda di dunia'
Memiliki kereta mewah di usia kanak-kanak

Jadi, secara teknikal ia menjadikannya sebagai bilionair di negaranya.

Kanak-kanak itu juga dilihat suka memakai pakaian berjenama dan beliau merupakan anak tunggal kepada bintang internet Ismailia Mustapha, yang dikenali sebagai ‘Mompha Senior’.

“Memiliki rumah sendiri adalah salah satu perasaan terbaik yang pernah ada. Ia tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, ia tidak boleh diukur dengan wang.

“Pemilikan rumah adalah perasaan yang menjadikan kehidupan seharian berbaloi untuk dihadapi.

“Tahniah anak saya atas rumah baharu awak. Hadiah hari ulang tahun kelahiran kamu daripada ayah,” kata Mompha Senior selepas menghadiahkan rumah kepada anaknya.

Difahamkan, ‘Mompha Senior’ menjana pendapatan daripada perniagaan pertukaran wang di Lagos sebelum beralih ke pelaburan dan mendakwa anaknya itu sudah menerima ganjaran daripada usahanya

“Tuan tanah termuda yang memakai Gucci dan masih memiliki sebuah rumah,” katanya dipetik Harian Metro.

Mompha Junior sering memuat naik gambar untuk pengikut media sosialnya.

Ia termasuk gambar di hadapan kereta mahal seperti Lamborghini Aventador dan Bentley Flying Spur.

Baca juga: ‘Jangan angkuh sangat ‘dosa dia saya tanggung’, di sana dosa sendiri pun tak tertanggung’

Baca juga: Pesawat ringan terhempas, seorang maut dan seorang tercedera