Memorandum bantahan penahanan Rafizi diserahkan ke Bukit Aman pagi ini

Memorandum bantahan penahanan Rafizi diserahkan ke Bukit Aman pagi ini

Lebih 40 Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan dan Pas berarak menuju ke Bukit Aman dari perkarangan Parlimen pagi ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kumpulan perarakan Ahli Parlimen, ikon rebel Umno dan aktivis pagi ini menunjukkan bantahan terhadap penahanan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.Lebih 40 Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan dan Pas berarak menuju ke Bukit Aman dari perkarangan Parlimen pagi ini.

Solidariti penahanan Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) oleh Ahli Parlimen pembangkang bermula jam 9.10 pagi ini dengan laungan “Bebas Rafizi”, “Daulat Parlimen” dan “Undur Najib” mengiringi perarakan sejauh dua kilometer ke Bukit Aman.

Ahli Parlimen Pas yang turut hadir ialah Datuk Mahfuz Omar, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad, Ahmad Baihaqi Atiqullah dan  Siti Zailah.

Manakala ahli parlimen Pas yang lain ketika ini dikatakan masih berada di Sarawak memandangkan semalam pengiystiharan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak sekaligus mempengaruhi MP dari Pas yang turut serta pagi ini.

Selain Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Pas, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Datuk Zaid Ibrahim dan NGO seperti Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) turut kelihatan menghantar wakil mereka, Nashita Md Nor.

Kumpulan perarakan dikalangan Ahli Parlimen, ikon rebel Umno dan aktivis tiba di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman jam 9.25 pagi ini.

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul telah menyerahkan memorandum kepada DSP Rizal Abdul Rahman mewakili Bukit Aman yang menerima penyerahan memorandum itu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana menerima penyerahan memorandum sebentar tadi.

Walau bagaimanapun  seorang pegawai polis memaklumkan kumpulan perarakan itu menyalahi undang-undang.

Memorandum membantah penahanan Rafiz diserahkan ke Ibu Pejabat Bukit Aman hari ini.

 

TAGS