Memorandum untuk Donald Trump oleh 45 NGO tempatan dan antarabangsa

Memorandum untuk Donald Trump  oleh 45 NGO  tempatan dan antarabangsa

Hari ini  45 NGO   dalam dan luar negara  berkumpul selepas solat Jumaat untuk menghantar memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur bagi menyokong tunjuk perasaan yang berlaku di Genting Gaza untuk bersama menuntut perdamaian bagi rakyat Palestin.

Memorandum yang dihantar kepada Presiden AS Donald Trump itu  mendesak supaya AS  mematuhi Resolusi 194 Bangsa-bangsa Bersatu  agar semua pelarian dan rakyat  Palestin dibenarkan kembali ke negara mereka.

Selama 42 tahun  tunjuk perasaan itu akan diadakan setiap tahun pada 30 Mac,   setelah  tanah nenek moyang  rakyat Palestin mula dirampas  secara kejam  oleh pemerintahan Israel.

Semua NGO yang menyertai  demontrasi aman ini  menggesa  AS  menghentikan  sokongan mereka terhadap Israel.

Selain menuntut tiga perkara daripda Presiden AS agar menghormati hak dan mengembalikan tanah air rakyat Palestin; mengakhiri pendudukan Israel ke atas Palestin dan; menghentikan segera penindasan dan diskriminasi ke atas rakyat Palestin  yang tinggal di Israel.