Malaysia Dateline

Memori lawan Israel

Sahabat baik saya, Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Mahfuz Omar hantar berita ini kepada saya melalui WhatsApp.

Ia berlaku 13 tahun yang lampau. Masa itu kami semua dalam Dewan Pemuda parti ehem Pusat.

Saya masih ingat setiap detik kejadian itu. Saya sedang dalam pejabat peguam dan terima panggilan telefon dari YB Mahfuz.

Dia kata kepada saya, “Hanipa, kami sedang kena kepung ni di Masjid Al-Rahman di UM (Universiti Malaya). Baru lepas demo anti Israel. Mai lah sini enta runding dengan polis!”

Saya tidak tahu ada demonstrasi ketika itu.

Lalu, saya bergegas ke sana bersama rakan peguam satu pejabat. Apabila saya sampai sana, saya lihat Dr Hatta (belum YB masa itu) dan Salahudin Ayub (pun belum jadi YB masa tu).

Saya habaq kat depa yang YB Mahfuz minta saya berunding dengan OCPD. Depa berdua kata “jom kami ikut enta sama!”

Bila saya dan mereka berdua belum sempat berunding dengan polis, ada suara kata “tangkap mereka dan tangkap peguam sekali”.

Saya dan YB Salahuddin berjaya ditangkappolis. Dr Hatta pada masa itu tidak tahu hilang ke mana. He was a lecturer then.

Selepas itu saya dan Salahuddin serta beberapa yang lain dibawa naik Black Maria pergi ke lokap polis.

Diringkaskan cerita, ramai yang kena tangkap termasuk YB Mahfuz dan Pakcik Amjal. TV buat siaran langsung lapor fasal kami kena tangkap. Rasalah bermalam semalam tidur dilokap.

Seramai 54 orang didakwa. Alhamdulillah, saya tidak didakwa. Saya dan beberapa peguam mewakili mereka semua.

Selepas pendakwa tutup kes 50 orang Orang Kena Tuduh (OKT) dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. Hanya empat orang OKT dipanggil membela diri.

Mahkamah kata empat OKT itu bersalah. Saya berhujah sebelum mahkamah jatuh hukum antaranya seperti dalam laporan berita ketika itu, mereka berempat dikenakan hukuman denda RM 1800.

Namun, mereka tidak mahu bayar walau sesen sebab bagi mereka, “mana salah lawan Israel!”

Haji Minghat yang ketika itu Timbalan Pesuruhjaya Pas Melaka, kami nasihatkan tidak perlu pergi penjara sebab dia tidak sihat. Pak Amjal yang patut bertolak ke Mekah buat umrah malam itu batal nak pergi umrah dan sertai masuk penjara!

Bila tidak mahu bayar denda, itu yang depa kena hukuman penjara 1 bulan. Depa bertiga – YB Mahfuz, YB Salahuddiin dan Pak Amjal pilih hukum penjara sebulan di penjara Kajang.

Ada polis berbangsa India di mahkamah rayu kepada saya “Tuan Hanipa, mintalah mereka bayar denda. Jika tak ada ada wang, saya boleh bagi pinjam dulu.”

Saya kata “Dia orang ada duit tapi memang tak mahu bayar denda dan nak masuk penjara! ”

Polis itu kata saya “Itu macam kah! ”

The rest, seperti orang kata, is history!