Menakutkan! Perompak selamba larikan kereta, tak takut walaupun tuan rumah ada

Oleh MAISARAH AISYA

Kes pecah masuk semakin menjadi-jadi di Malaysia malah mereka ini seolah-olah tidak takut ditangkap demi mencuri kereta.

Tidak hanya itu, mereka ini tidak lari meskipun dirakam oleh tuan rumah dan bunyi penggera yang kuat untuk menakutkan kumpulan tersebut juga tidak berhasil.

Satu keluarga terkejut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dilarikan meskipun kejadian berlaku di depan mata dalam satu kejadian rompakan di Meru, Perak awal pagi semalam.

Video yang dikongsi menerusi pengguna TikTok, @farrahouz1 memohon agar mereka yang memiliki kenderaan sepertinya untuk berhati-hati.

“Mohon viralkan, perompak kereta tak takut walaupun tuan rumah nampak kerja merompak. Perompak berani gila,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Jelasnya, kejadian yang berlaku pada 3.50 pagi itu berlaku dengan cepat dan perompak langsung tidak terkejut meskipun alarm berbunyi kuat.

“Kejadian di Meru, Ipoh jam 3.50 pagi tadi, kereta kami dicuri dengan mudah. Gate arm dibuka, unlocked kereta guna alat kawalan mereka.

“Perompak langsung tak takut walaupun kami dah bunyikan penggera dan menjerit. Mereka teruskan hidup enjin dalam masa lima ke tujuh minit.

“Tak lari, kami hanya teruskan menjerit, tak berani nak keluar sebab takut perompak ada geng tunggu diluar dan ada pistol,” ujar pengguna tersebut.

@farrahouz1

Mohon viralkan.. perompak kereta tak takut even owner nampak kerja merompak dorg. Special attention to Alphard/ Wellfire/ Raptor. Perompak daring gila.

♬ Late Night Vibe – Rude Boy

Baca juga: Tular ‘dashcam’ lelaki dilanggar ketika melintas dekat lebuh raya