Malaysia Dateline

Menang atau kalah tanggungjawab mesti diteruskan, kata Syed Saddiq

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan, walau apapun keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Semenyih, tanggungjawab sebagai pemimpin yang dipilih perlu diteruskan.

Beliau berkata, walaupun pengundi berhak menentukan kemenangan atau kekalahan sesebuah parti yang bertanding di kawasan Dun mahu pun Parlimen, kerja yang diamanahkan tetap perlu dijalankan oleh pemimpin atau wakil rakyat yang dipilih.

“Saya mengambil contoh di Cameron Highlands. Apabila saya ke sana dan bermain bola sepak bersama komuniti orang asli, ada banyak permintaan daripada mereka.

“Saya perhatikan padang bola sepak di sana agak teruk, dan tiang gol pula diperbuat daripada kayu.

“Disebabkan keadaan sedemikian, saya maklumkan kepada mereka, menang atau kalah, saya tetap akan datang ke Cameron Highlands untuk memberikan bantuan yang sewajarnya,” katanya ketika diminta pandangan sekiranya PH mengulangi kekalahan di  Dun Semenyih sebagaimana tewas  pada  PRK Cameron Hghlands  Januari lalu.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Program Sukan Belia Projek Perumahan Rakyat (PPR), di Pantai Eco Park Community Centre, Pantai Dalam semalam.

Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata,beliau telah mengotakan janji tersebut.

Semalam calon BN menang majoriti  1.914 mengalahkan tiga pencabarnya, calon  PH, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan calon Bebas