Menang Piala Malaysia, Perak cuti umum esok

Menang Piala Malaysia, Perak cuti umum esok

Pasukan Perak meraikan kemenangan dalam penentuan sepakan penalti ketika Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2018 Perak menentang Terengganu semalam.

Kerajaan negeri mengumumkan esok, hari Isnin 29 Oktober sebagai cuti umum sempena kejayaan pasukan bola sepak Perak memenangi Piala Malaysia semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Zainal Azman Abu Seman berkata, pengumuman hari kelepasan am itu selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Pengumanan rasmi itu dibuat dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Ipoh hari ini.

Perak muncul juara Piala Malaysia setelah mengalahkan Terengganu 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti setelah terikat 3-3 hingga masa tambahan di Stadium Shah Alam, Selangor semalam.