Malaysia Dateline

Menangis, umum undur diri Aliff Syukri tetap lancar lagu dangdut dengan Baby Shima hari ini

Menangis, memohon maaf secara terbuka kerana membuatkan ahli keluarga menanggung malu namun hari ini usahawan sensasi Aliff Syukri umum tetap akan melancarkan lagu dangdut Baby Sayang.

Keputusan untuk mengundur diri dari dunia media sosial demi menjaga nama baik ibu tercinta, isteri dan anak-anaknya.

Ini susulan video muzik beliau ghairah berdangdut dengan Baby Shima telah menimbulkan kemarahan ibunya Rozita Ibrahim.

Terkini, di aplikasi TikTok Aliffsyukriterlajaklaris memaklumkan dia akan tetap melancarkan lagu terbaharunya yang berjudul Baby Sayang pada 12 tengah hari ini di Tv Terlajaklaris.

Meskipun sebelum ini mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak menerusi video yang dimuat naik bersama Baby Shima kelihatan sedang bersanding di sebuah pelamin dengan memakai baju pengantin serba lengkap yang dipercayai sebahagian daripada babak muzik video Baby sayang itu.

Menangis, umum undur diri Aliff Syukri tetap lancar lagu dangdut dengan Baby Shima hari ini

Di ruangan kapsyen, menurut Aliff segala kegelisahan yang dialami oleh rakyat Malaysia berkaitan lagu terbaharunya itu akan terjawab apabila dia mengambil keputusan untuk melancarkan lagu tersebut pada hari ini, jam 12 tengah hari di saluran YouTube, Tv Terlajak Laris.

Video tersebut yang dimuat naik malam tadi terlihat jelas aksi mesra Aliff bersama Baby Shima di mana penyanyi dangdut sensasi itu seakan memeluk tubuh Aliff ketika berada di atas pelamin.

Baca juga: Aliff Syukri tak serik, dulu dengan penari ‘lentok’ kali ini ghairah berdangdut dengan Baby Shima

Baca juga: Kalau jodoh tidak kemana! Lelaki kahwini bayi dilihat dalam ‘stroller’ 20 tahun lalu