Menantu TPM, suami Nurul Hidayah meninggal dunia

Menantu TPM, suami Nurul Hidayah meninggal dunia

 Menantu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi telah kembali kerahmatullah malam tadi kerana sesak nafas selepas pembedahan pergigian.

Allahyarham Syed Alman Zain,44, adalah suami kepada Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid, 37.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam tadi, Syed Alman Zain  tidak sedarkan diri ketika membuat rawatan gusi di sebuah klinik pergigian di Bangsar, di sini.

Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican, mengesahkan berita kematian itu.

“Jenazah Allahyarham kini berada di PPUM,” katanya lapor BH online, malam ini.

Syed Alman Zain meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak iaitu Arjuna Iskandar, Zaheed Alwi dan Khadeeja Sofea.

Sementara itu, Nurulhidayah dalam kemaskini di Instagram miliknya kira-kira pada jam 11 malam tadi menzahirkan rasa sedih atas kehilangan itu.

“Al Fatihah. Syed Alman Zain bin Syed Alwi. Great Papa. Responsible husband. I lost someone that I can argue with. Bye sayang,” katanya. (Al Fatihah. Syed Alman Zain bin Syed Alwi. Ayah yang baik. Suami yang bertanggungjawab.Saya kehilangan seseorang untuk berbicara. Bye sayang),” ujarnya.

Difahamkan, Ahmad Zahid dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas lawatan kerja di Jepun dan dijangka tiba pada 4.30 pagi ini.

Pihak keluarga memaklumkan jenazah akan dibawa ke Surau Country Hegiht Kajang pada malam ini.

TAGS