Malaysia Dateline

Terengganu menarik tetapi industri pelancongan tidak terbela

Dalam situasi negara menghadapi wabak Covid 19, sektor pelancongan menghadapi masalah secara menyeluruh yang amat besar kerana ia merupakan industri yang mengunakan tenaga perkerja yang tinggi- labour intensive.

Kerajaan patut memberi prioriti utama kepada sektor pelancongan kerana sektor perhotelan, restoran, ajensi pelancongan termasuk mak chik pembuat kueh tradisi di rumah menghadapi masalah kehilangan pendapatan secara berterusan.

Kerajaan patut menggunakan waktu sepi sektor pelancongan ini untuk merancang dengan lebih teliti serta menambah baik infrastruktur pelancongan serta kemudahan berkaitan. Tempat yang sudah maju perlu di pertingkatkan lagi kapasitinya dan destinasi yang berpotensi di tambah baik lagi infrastruktur sokongannya bagi memacu pelancungan kehadadapan dengan lebih maju.

Negeri Terengganu adalah destinasi yang popular dan terkenal tetapi malangnya infrastruktur serta potensinya masih ketinggalan begitu jauh dibelakang.

Penerbangan ke Terengganu hanya lebih kurang 15 penerbangan sehari dan walaupun lapangan terbang Kuala Terenggnu bertaraf antarabangsa, masih tiada penerbangan luar negara sehingga hari ini.

Lapangan terbang negeri jiran di Kota Bharu mempunyai 46 penerbangan sehari termasuk penerbangan dari luar negara.
Ramai pelancung ke Pulau Redang dan Perhentian di Terengganu memasuki melalui Lapangan terbang Kota Bharu dan menaiki bot dari jeti di Bacok dan Tok Bali di Kelantan dan bukan dari Terengganu.

Sejak dua tahun lepas lagi banyak masalah serta rungutan dari pengusaha pelancungan dan pengiat seni Terengganu kedengaran tentang polisi dan garis panduan yang tidak jelas serta tidak menentu yang mendatangkan perbagai masalah. Anak muda dan peniaga susah mendapat kepastian hala tuju dan peluang untuk berdailog dengan bermakna bersama pimpinan kanan kerajaan Terengganu.

Ramai berpendapat senario lesu pelancungan serta ekonomi tahun 1999 – 2004 zaman pemerintahan kerajaan PAS di Terengganu berulang kembali.

Ramai yang di lantik di peringkat atasan kerajaan negeri bukan anak tempatan dari Terengganu.

Ramai juga yang di lantik kedalam ajensi kerajaan dan GLC tidak mempunyai kemahiran, pengetahuan tempatan serta kepakaran yang di perlukan.

Tidak cukup dengan hanya ungkapan promosi negeri Terengganu yang mempunyai “Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orang yang Baik” dan kini pula tema- “Beautiful Terengganu”, jika tahap pengurusan yang lemah serta arah tuju yang tidak jelas berterusan.

Sangat sayang Terengganu mempunyai asset serta potensi yang amat baik, tetapi dengan pengurusan kerajaan yang lemah hari ini, impian dan matlamat untuk memenuhi potensi sepatutnya tidak akan tercapai dengan sikap yang di miliki hari ini.

Sektor pelancungan bolih merakyatkan serta memakmurkan peningkatan ekonomi penduduk Terengganu ke tahap yang lebih tinggi.

InsyaAllah, dalam penulisan yang akan datang saya akan memberi lapuran yang lebih mendalam dan terperinci lagi.

————-
Penulis adalah mantan Pengerusi Persatuan Pelancungan Terengganu dan Mantan Pengerusi Persatuan Hotel Terengganu.