Malaysia Dateline

Meneka bila PRN Johor

Isu pertama Pilihan Raya Negeri (PRN) yang ibarat api dalam sekam adalah masanya. Bilakah PRN?

Mesyuarat SPR pada 9 Februari akan menetapkan tarikh-traikh PRN. Bagi PRN Melaka, tarikh ditetapkan lebih sebulan selepas mesyuarat SPR bagi memastikan cukup masa untuk segala pengurusan seperti penamaan calon dan sebagainya.

Umno/BN mendesak agar PRN diadakan secepat mungkin bagi mengurangkan jumlah pengundi luar kembali mengundi sebab baru sahaja balik sewaktu cuti perayaan Tahun Baru Cina.

SPR pula sudah menyatakan kepada pejabat Menteri Besar ia memerlukan tempoh enam minggu untuk persediaan.

Peperiksaan SPM akan berlangsung antara 2 hingga 29 Mac 2022. Walaupun kebanyakan subjek teras selesai 24 Mac, subjek-subjek bahasa ketiga, juga diuji pada 28 Mac. Ini akan menjejaskan penggunaan pusat-pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan seluruh Johor.

DUN Johor dibubarkan pada 22 Januari 2022 dan tarikh PRN haruslah dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran, iaitu 23 Mac 2022.

Ramadan bermula pada 3 April 2022. Oleh itu, adakah PRN Johor akan disegerakan mendadak atau sebelum tarikh SPM bermula?

Atau adakah PRN Johor akan dilaksanakan pada tempoh SPM sekaligus menjejaskan penyusunan sekolah-sekolah sebagai pusat mengundi?