Malaysia Dateline

Mengapa ‘boskurr’ masih dilambung-lambung?

Seorang politikus Melayu, anak isterinya ada duit berbelas-belas juta dalam akaun. Belum lagi masuk duit dalam akaun politikus itu sendiri. Belum termasuk rumah, kereta, saham, hartanah dalam dan luar negeri.

Musim mengundi dia masuk 50 ringgit dalam sampul, tabur untuk orang kampung. Sekali-sekali buat kenduri di masjid. Politikus itu pun dipuji berjiwa rakyat. Dia pun menang pilihan raya.

Orang kampung yang hidup daif, dapat 50 ringgit tunai depan mata, itulah yang dijaja ke sana-sini. Habis semua anak cucu diberitahu, “Tadi tok wan dapat 50 ringgit, calon tu bagi. Baguih dia tu…”

Otak orang Melayu fikirnya pendek. Dia kata, “Biaq pi kat dialah dia kaya macam mana pun. Dah dia pandai cari duit, kami dapat jugak 50 ringgit. Hat lawan dia tu, baik, tapi tak bagi apa pun”.

Orang Melayu nampak 50 ringgit depan mata. Dia tak nampak, kalau dapat pemimpin jujur, negara akan jadi baik. Ekonomi akan stabil dan peluang pekerjaan luas. Lebih 50 ringgit dia akan dapat.

Tapi oleh kerana semua itu tak nampak depan mata secara segera, pemimpin politik korup juga yang diundinya. Dia lebih rela dapat 50 ringgit segera yang bertahan dua hari berbanding dapat negara yang baik.

Sebab itu tak hairan, boskurr masih dilambung-lambung walaupun nyata keputusan mahkamah ke atasnya. Sebenarnya, bukan saja orang Melayu otaknya begitu, orang Cina pun sama.

Cuma orang Cina mungkin otak depa cerdik sikit. Depa tak pandang 50 ringgit dalam sampul, tapi depa pandang kelangsungan bangsa dan bisnes depa.

Mengapa 'boskurr' masih dilambung-lambung?
8216Boskurr8217 masih dilambung lambung walaupun nyata keputusan mahkamah ke atasnya