Mengapa suka sangat menghukum orang lain

Mengapa suka sangat menghukum orang lain

Membaca tulisan atau komen orang Pas berkaitan Islam, mereka akan memfokus kepada hukuman.

Kalau boleh semua orang yang buat salah pada perkiraan mereka, orang itu mesti dihukum.

Bahkan kalau boleh semua orang yang bersalah tadi harus ditangkap segera, dibawa ke mahkamah segera, disebat di tengah-tengah orang ramai dengan segera.

Barulah mereka berpuashati kerana bagi mereka Islam sudah terlaksana dengan tegas melalui pelaksanaan hukuman itu.

Lebih berat hukuman lebih bagus sebab bagi mereka itu lebih menampakkan kemuliaan dan ketinggian Islam.

Bagi mereka, mengubah mungkar atau peribadi seseorang yang mereka kategorikan pendosa hanyalah dengan hukuman.

Padahal dalam proses mengubah manusia, al-Qurahdaghi misalnya menyenaraikan enam langkah, dengan hukuman berada pada tahap terakhir, iaitu:

i. Tarbiah dan tazkiah kejiwaan.

ii. Membentuk fitrah yang sejahtera.

iii. Memperkasakan jiwa dan akal.

iv. Menahan atau melarang.

v. Menyediakan alternatif.

vi. Menghukum.

Proses untuk menghukum pula bukanlah seperti proses pasang mikrofon untuk beri kuliah dan jiratkan orang, tetapi adalah proses yang sangat teliti supaya hukuman yang dijatuhkan mencapai tujuan hukuman itu.

Suatu prinsip yang terpakai dalam kehakiman ialah, tersalah melepaskan orang bersalah adalah lebih baik daripada tersalah menghukum orang yang tidak bersalah.

Namun bagi orang Pas, sikap mereka sebaliknya apabila semua orang mereka mahu jatuhkan hukuman supaya puas hati mereka walaupun sesuatu kesalahan itu lebih layak untuk dimaafkan.

Orang Pas mahu jadikan negara ini negara polis, iaitu setiap rumah akan dipasang polis untuk mengintip dan memberkas orang yang berbuat dosa untuk dijatuhkan hukuman segera.