Malaysia Dateline

Mengapa tiada siapa muncul beri keterangan isu identiti kerabat Arab derma wang ke akaun Najib?

Mengapakah tidak ada sesiapa pun yang muncul untuk memberikan keterangan mengenai identiti kerabat diraja Arab yang mendermakan wang ke dalam akaun Najib dalam sedekad yang lepas?

Hakim Azimah Omar semalam memberikan keputusan penghakiman yang hebat semalam dalam kes saman malu bekas Peguam Negara Apandi Ali terhadap saya.

Walaupun saya telah menang dalam kes yang dibawa oleh bekas Peguam Negara terhadap saya ini, saya masih tertanya-tanya mengenai persoalan mengapa tidak ada sesiapa pun yang muncul untuk memberikan keterangan mengenai identiti kerabat diraja Arab yang mendermakan wang ke dalam akaun Najib dalam sedekad yang lepas?

Mengapa tiada siapa muncul beri keterangan isu derma wang ke akaun Najib?
Najib Tun Razak

Perkara ini tambah amatlah menarik memandangkan Timbalan Perdana Menteri ketika perkara ini berlaku telah mengatakan pada bulan Januari 2016 yang dia sendiri telah berjumpa dengan kerabat diraja Arab yang membuat derma yang kemudiannya disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri ketika itu.

Terdapat pandangan dari sesetengah pihak yang cuba mengatakan golongan warga emas yang telah bersara tidak patut memberikan komen mengenai politik.

Seorang bekas Perdana Menteri pulak kelihatan sangat tidak senang dengan komen-komen politik saya.

Ada lebih daripada dua juta orang rakyat Malaysia yang berusia lebih daripada 65 tahun, dan hampir tiga rakyat Malaysia yang berusia di antara 55 ke 64 tahun.

Saya tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan lima juta orang rakyat Malaysia tidak patut mempunyai sebarang pandangan mengenai politik. Saya hanyalah bersara daripada politik kompetitif, bukannya daripada politik sepenuhnya, kerana politik ini berkisar dengan setiap aspek kehidupan seharian kita.

Masa hadapan Malaysia perlulah dibentuk oleh golongan muda di Malaysia, terutamanya oleh lebih daripada 18 juta rakyat Malaysia yang berusia di antara 15 ke 54 tahun, tetapi saya menolak pandangan yang golongan warga emas tidak mempunyai sebarang peranan di dalam proses ini, memandangkan pengalaman mereka adalah satu perkara yang berguna untuk diambil kira dalam menambah baik keadaan masyarakat di Malaysia.

Golongan muda perlu memimpin, tetapi pada masa yang sama, golongan tua tidak boleh melepaskan tangan daripada tanggungjawab mereka untuk memperbetulkan perkara yang salah dalam masyarakat kita – masalah seperti rasuah yang berleluasa, penyalahgunaan kuasa, ketidakadilan dan ketidaksamaan dalam masyarakat kita.

Malaysia perlu juga menghayati pengajaran dari negara-negara jiran kita.

Kita tidak mahu Malaysia berada dalam arah untuk menjadi satu Sri Lanka atau Filipina.

Pilihan raya Australia baru-baru ini, di mana seorang rakyat Malaysia yang dilahirkan di Kota Kinabalu berjaya menjadi Menteri Luar Negeri di Australia patut menjadi buah fikiran untuk kita semua mengenai keperluan untuk negara kita kembali kepada prinsip asas pembangunan negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan – Malaysia sebagai sebuah monarki berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, tadbir urus baik, hormat kepada hak asasi manusia dan perpaduan masyarakat majmuk pelbagai kaum, bahasa, agama dan budaya.

Malaysia masih lagi boleh diselamatkan daripada kleptokrat dan golongan ekstremis.