Ramai memilih untuk makan roti berbanding nasi untuk menurunkan berat namun sebenarnya ada kelebihan jika anda berhenti daripada memakan roti.
Menerusi TikTok @dryusuf23, doktor ini menjelaskan apa yang terjadi kepada badan anda jika anda berhenti makan roti selam dua minggu.
1 Perut kembang hilang
Roti dikatakan menghasilkan inflamation dekat bahagian ususdan itu yang menyebabkan kembung perut.
2 Hilang sakit kepala
Ia juga dikatakan mampu menghilangkan sakit kepala atau dalam istilah lain ‘Brain Fog’.
3 Penyerapan zink kalsium ferum bertambah
Roti akan menghambat penyerapan kalsium zink dan juga ferum.
4 Berat badan menurun
Berat badan juga boleh menurun jika anda tidak memakan roti yang sememangnya bertentangan dengan diet tanpa nasi.
5 Risiko kencing manis menurun
Roti putih merupakan Highly Processed food yang di proses dari gandum.
Proses tersebut menyebabkan kehilangan khasiat penting dari gandum termasuk serat, mineral dan vitamin.
Selepas makan, gula dalam darah akan meningkat dengan pantas. Situasi ini jika berlaku terlalu kerap menyebabkan risiko penyakit diabetes.
6 Mood makin baik
Tanpa pengambilan roti, tenaga kita adalah lebih banyak dan anda lebih fokus.
Rupa-rupanya ada banyak kelebihan jika tidak mengambil roti dalam makanan harian, tubuh akan merasa lebih bertenaga dan kurang gejala kembung perut
Baca juga: Tambang penerbangan naik mencanak menjelang Aidilfitri