Mengekalkan kemerdekaan negara nikmat keamanan  untuk rakyat

Mengekalkan kemerdekaan negara nikmat keamanan untuk rakyat

Tanggal 31 Ogos  setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi semua rakyat Malaysia menyambut hari  kemerdekaan dan pada tahun ini untuk kali ke-61.

Jumlah pengunjung yang dianggarkan 300,000  yang membanjiri sepanjang laluan 3.5km di Dataran Putrajaya di mana perarakan kontinjen-kontinjen berlintas lansung selama dua jam persembahan sangat mengujakan di kalangan mereka yang hadir.

Pemerhatian Malaysia Dateline menyaksikan pelbagai ragam yang ditunjukkan pengunjung  dari dalam dan luar negara  untuk bersama menyaksikan sambutan kemerdekaan kali ini, di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan.

Tema ‘Sayangi Malaysiaku’ dirasakan begtu dekat di hati pengunjung yang bersesak-sesak untuk melihat acara berlangsung walaupun cuaca yang agak panas sejak dari awal pagi tadi hingga acara berakhir pada jam 11 pagi ini.

Bertemu dengan dua orang pengunjung yang hadir mengenakan pakaian kebangsaan berbaju Melayu dan sepasang Saree yang dijahit daripada corak bendera menarik tumpuan ramai pengunjung dan lensa Malaysia Dateline.

Adi Rizal (gambar kiri) seorang pekerja dalam sektor swasta, berkata, beliau mengambil kesempatan hari  ini untuk menunjukkan semangat cintakan tanah air dengan berpakaian unik berlambangkan Jalur Gemilang.

“Setiap orang ada cara tersendiri menyambut dan menunjukkan semangat kemerdekaan ditambah lagi dengan kerajaan baharu.Saya bertambah semangat, oleh kerana itu saya mengenakan pakaian berjalur gemilang ini,”katanya.

Tidak ketinggalan juga Peniaga, Vevarmalar, (gambar kanan) yang berpendapat semangat patriotik perlu ditanam di dalam diri bagi setiap rakyat negara ini.

“Walaupun dengan berpakaian unik seperti ini, dan perlu mengeluarkan belanja sedikit namun semangat patriotik dan sayangkan Malaysia jauh lebih bernilai untuk  saya.” ujarnya.

Sementara itu, warga emas juga tidak ketinggalan untuk hadir menyaksikan perbarisan dan sambutan merdeka kali ini.

Persara, Abdul Latif Yaakob, 70, berkata beliau tidak akan melepaskan peluang emas sepertiini walaupun sudah berusia lanjut.

“Semangat cintakan negara lebih lebih lagi apabila kita diperintah kerajaan baharu ini semakin berkobar-kobar dan ini menunjukkan bahawa saya sebagai rakyat Malaysia berasakan sesuatuyang luar jangkaan,” katanya.

Selain itu, Pesara, Roslan Ghani, 61, berkata, beliau lahir pada tahun yang sama dan juga tarikh yang sama Malaysia mencapai kemerdekaan membuatkan semangat patriotik di dalam dirinya dan cinta yang mendalam terhadap negara.

Ser Lynn bersama anaknya hadir menyaksikan perarakan dan persembahan pada sambutan Hari Kebangsaan yangn diadakan di Dataran Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, pelancong asing tidak ketinggalan untuk turut serta menyambut kemerdekaan pada kali ini.

Pelancong Hong Kong, Ser Lyn berkata, ini adalah sesuatu pengalaman yang akan dia ingat sampai bila-bila.

“Saya sudah 5 kali melancong ke Malaysia dan ini merupakan kali pertama saya merasakan suasana seperti ini”ujarnya.

Pelancong New Zealand, Martin Williams berpendapat, Kemerdekaan Malaysia kali ini menyaksikan semua rakyat bersatu di dalam menyambut hari Kebangsaan.

“Saya ke sini kerana lawatan kerja, dan saya amat bertuah menyaksikan negara yang dari pelbagai bangsa dan kaum bersatu untuk menyambut kemerdekaan,”katanya.

Jelas pelancong dari Thailand, Abdul Latif Ismail, beliau merasakan ini saat indah dan semua warganegara Malaysia amat peramah dan saling menghormati satu sama lain walaupun berlainan bangsa, agama malahan umur.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS