Mengekalkan ‘Ketuanan Melayu’

Mengekalkan ‘Ketuanan Melayu’
Sesama Melayu dan Islam terlalu banyak politiking, maka rasa hormat ke atas prinsip permuafakatan yang terikat sejak 1955 semakin longlai dan jika tidak dikemaskan dengan baik, ia akan terlerai.-Foto Bernama.

Suasana politik di Malaysia semakin lama semakin merunsingkan. Keadaan ini bertambahmembimbangkan sejak kejatuhan parti BN pada PRU 14 tahun lepas. Kejatuhan BN ini juga menjadikan Umno secara langsung tidak lagi memegang tampuk kepimpinan di Malaysia.

Umno dahulunya satu-satunya parti yang memperjuangkan bangsa Melayu kini dilihat telah hilang arah dan tidak lagi mendapat kepercayaan bagi rakyat Malaysia yang majoritinya berbangsa Melayu.

Dengan perlancaran Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) pada September lalu, nasib bangsa Melayu di Malaysia pastinya akan terus terbela. Putra adalah satu-satunya parti pada masa ini yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

Putra membawakan 10 perkara dalam sumpah keramat permasyhuran dalam majlis perlancaran tersebut. Putra berazam dan bertekad untuk menyatukan bangsa Melayu di bawah satu parti bagi mengelakkan bangsa Melayu berpecah-belah.

Begitu juga dengan kita bangsa Melayu. Jika kita bangsa Melayu boleh berbincang, bermuafakat dan bersatu, tentunya kekuatan bangsa kita dapat digemblengkan sebagai satu tenaga modal pengupayaan ummah, hasilnya amat menakjubkan.

Untuk tujuan ini juga sewajarnya kita hayati beberapa hadis peninggalan Baginda kepada umatnya.Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:”Orang-orang mukmin itu dalam sayang menyanyangi, kasih mengasihi, santun menyantuni tidak ubah saperti satu anggota dari tubuh yang apabila menderita satu anggota dari tubuh itu akan menderita pula seluruh tubuh itu dengan tidak dapat tidur dan deman”. Hadis yang lain pula bermaksud: “Orang mukmin itu mencintai
saudaranya sebagai mana ia cinta kepada diri sendiri”(Riwayat bukhari dan Muslim).

Ini kerana hubungan persaudaraan inilah ia perlu diberi pertolongan segera atau menghulurkan bantuan yang di perlukan, sebabnya kesempurnaan persaudaraan itu hanya boleh menjelma secara baik dan harmonis apabila masing-masing berjalan seiring untuk menuju satu maksud dan tujuan.

Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Perumpamaan dua orang saudara adalah saperti dua tangan yang satu membersihkan yang lain”(Riwayat Ad-Dailami).

Jika sesama Melayu saling menunjukkan persengketaan yang tidak dapat disatukan kembali, tentunya bukan Melayu akan memandang “hanya manis dibibir, tetapi tidak pada tindakan”, maka amat mudah dipersenda-sendakan. Kalau sesama Melayu tidak boleh berada dalam mood dan jalur kuasa yang kuat, maka bukan Melayu bukan sahaja memandang rendah kepada kita.

Akibat sesama Melayu dan Islam terlalu banyak politiking, maka rasa hormat ke atas prinsip permuafakatan yang terikat sejak 1955 semakin longlai dan jika tidak dikemaskan dengan baik, ia akan terlerai.

Terlerai ikatan itu memberikan makna sedih yang berpanjangan, kerana Melayu akan kehilangan kuasanya. Dalam keadaan kuasa yang masih ada, maka penyatuan perlu diusahakan secara bersungguh- sungguh.

Dalam konteks Islam, perpecahan adalah sesuatu yang dianggap sebagai dosa and malapetaka umat. Perpecahan antara Islam bukan sahaja boleh menghancurkan ummah malah bakal menyebabkan pupusnya sesuatu budaya.

Islam telah hadir sebagai cara hidup yang mementingkan perpaduan dan penyatuan setiap individu dalam satu dasar yang kuat. Islam tidak menjadikan etnik atau kaum sebagai asas, namun hakikat kepelbagaian bangsa dan keturunan juga harus diakui sebagai ciptaan Allah SWT bagi membolehkan antaranya berkenal-kenalan dan hidup dalam kemesraan.

Hakikat wujudnya orang Melayu memang sudah ditakdirkan dan fitrah kehidupan. Begitu juga dengan ikatan erat dengan wilayah, maka itulah melahirkan konsep “Ketuanan Melayu”.

Bagi parti Putra , usaha menyingkirkan “Ketuanan Melayu” dan digantikan dengan lain-lain slogan sudah membawa maksud menolak ciptaan Allah S.W.T.
Tidak mahu mengakui dirinya sebagai Melayu merupakan penghinaan. Tidak mengakui dirinya berada dalam keranjang budaya Melayu juga satu sifat terkutuk, kerana tidak menghargai asal muasal yang dijadian oleh Allah S.W.T.

Islam ditegakan sebagai agama yang menyanjung tinggi prinsip bantu membantu, kerana itu akan melahirkan kesejahteraan kehidupan. Hakikat ini sebenarnya difahami oleh banyak orang tetapi sesetengahnya cuba memasang lukah ketika hujan melimpah dan air di kuala menjadi keruh.

Hakikat ini tidak difahami oleh segelintir pemimpin politik yang memikirkan kedudukandan kelebihan partinya sendiri, sehingga lebih banyak menaburkan retrorik. Demi menyahut seruan suci keamanan dan perpaduan, kita perlu berpegang kepada firman Allahswt yang bermaksud: Sekiranya mereka (musuh bukan Islam) cenderung untuk perdamaian, maka hendaklah kamu juga bersedia menerimanya dan bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Maksud Al-Quran surah al- Anfal ayat
61)

Hasrat mereka adalah jelas kerana dengan menghapuskan “ketuanan Melayu", negara ini akan memperlihatkan prinsip pemerintahan yang lebih adil dan saksama. Bagi mereka, oleh kerana pertubuhan politik masih berasaskan perkauman, ia tidak akan membawa kepada penyatuan yang lebih baik dan berkesan.

Pemimpin politik yang berjuang untuk menghapuskan “ketuanan Melayu" itu sebenarnya merupakan kelompok yang menikmati kedudukan lebih baik daripada perjuangan pemimpin Melayu sebelumnya, meletakkan dasar dan kepentingan membangunkan ekonomi Melayu.

Sebenarnya, “ketuanan Melayu" telah memberikan banyak faedah dan kesejahteraan kepada bukan Melayu, kerana orang Melayu tidak pernah mempersoalkan penguasaan ekonomi bukan Melayu. Kerajaan yang berteraskan politik Melayu, tidak pernah merampas peluang ekonomi dari penguasaan bukan Melayu. Jika PUTRA diberikan kepercayaan untuk meneraju kerajaan pada masa akan datang, pastinya nasib Melayu akan di utamakan.

*Penulis adalah Ketua Penerangan Putra