Malaysia Dateline

Mengenang kembali Datuk Awang Raweng, Iban Tracker

Bekas Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa mengucapkan takziah dan mengenang kembali detik perjuangan pahlawan negara, Datuk Awang Raweng yang meninggal dunia pada usia 104 tahun.

Beliau menyifatkan pengorbanan dan keberanian mendiang menentang musuh tidak ternilai harganya.

Menceritakan kembali detik bertempur, Husam berkata Awang Raweng pernah dikepung dengan kira-kira 50 komunis ketika mendiang mahu menyelamatkan seorang tentera British yang cedera.

“Sarjan Awang ini bertempur dengan 50 pengganas komunis di Kluang. Dia diserang dan tercedera di peha dan tangan kananya. Tentera british ramai mati. Ketika itu komunis datang nak bunuh sarjan british tapi sarjan Awang masih nak pertahankan dan lepaskan tembakan.

“Dia lindung tentera british dengan badan dia. Kemudian bila komunis datang dekat, dia keluarkan bom tangan dan ugut mereka. 40 minit dikepung

“Saya ucap takziah pada keluarga mendiang, sarjan seorang tokoh negara yang hebat dan memberikan semangat pada anak muda,” katanya dalam Sembang Santai Isu Politik Terkini di Dewan Serbaguna Amjal, Pantai Baharu di Lembah Pantai baru-baru ini.

Mendiang adalah salah seorang anggota Iban Tracker yang tiba di Tanah Melayu sekitar Disember 1950 sebelum diserapkan ke dalam Rejimen Hutan Worcestershire and Sherwood.

Atas jasa baktinya, mendiang dianugerahkan pingat George Cross yang dinamakan sempena nama King George VI, daripada Ratu England pada November 1951.

Ia sebagai pengiktirafan terhadap usahanya menentang kira-kira 50 komunis di hutan Kluang, Johor, secara bersendirian untuk menyelamatkan tentera British yang cedera.