Malaysia Dateline

Menghadapi musim penjajaran politik baru

Saya faham sekarang ni ramai karyawan politik yang simpan senjata dan peluru. Musim penjajaran politik baru katanya. Takut tembak lebih-lebih, nanti tiba-tiba jadi kawan pulak.

Saya tak peduli itu semua. Kawan ke lawan ke … kalau saya nak tembak saya tembak aje. Saya pun bukan minat nak jadi somebody dalam dunia politik.

Saya cuma suka bekerja dan berjuang bersama rakan-rakan dalam aliran politik yang sama dan berkongsi dengan aspirasi politik yang sama. Ada kepuasan dalam diri sendiri.

Kalau ditakdir orang yang saya hentam sekarang tiba-tiba jadi jadi kawan nanti pun saya tak ada hal. Kalau dia tak suka dan marah pada saya pun saya tiada masalah. Kalau dia terima saya seadanya itu lebih baik.

Dalam dunia politik nie, apabila kita meletakkan diri berada dalam zon ‘we have a lot to loose’, maka keindahan berjuang dalam politik sudah tidak ada.

Kita mungkin akan jadi takut, hilang pedoman, dan mungkin juga menjual prinsip diri. Keindahan berjuang dalam politik ini ialah apabila kita mampu kekal untuk hidup seadanya.

Orang kata dalam politik ni, ‘there is no permanent enemy or friend, only permanent interest’. My interest is simply to contribute politically to the betterment of our country.