Mengisi tuntutan Hijrah masa kini

Umat Islam kini menyambut Awal Muharam 1440 atau Hijratul-Rasul dengan pelbagai cara, biasanya ceramah atau forum dan peelbagai bentuk sambutan lagi baik di masjid, surau dan sebagainya.

Semuanya ini menggambarkan kasih sayang yang mendalam dari umat Islam sejak zaman berzaman terhadap rasulnya.

Hijratul-Rasul memberi pengertian yang amat besar kerana ia menatijahkan suatu perubahaan yang sangat besar – sempadan dari zaman Jahiliyah kepada zaman Islam yang suci murni, menebarkan rahmat kepada seluruh alam seperti yang ditekankan bahawa Islam adalah rahmat seluruh alam.

Tidak ada peristiwa yang lebih besar dari peristiwa Hijratul-Rashu. Ini diakui oleh pengkaji tamadun manusia dan sejarah kerana ia peristiwa yang luar biasa.

Apabila kita menekankan ‘Memaknai Hijratul-Rasul bagi masa kini, kita maksudkan, antara lain, supaya Hijratul-Rasul itu diberi makna dan tuntutannya dalam hubungan dengan masa kini. Iaitu di tengah-tengah pergolakan dunia Islam yang terus tajam dn panas.

Dengan itu umat Islam perlu benar-benar mengisi makna Hijrah itu dan melaksanakan tuntutannya.

Sejak mula Hijratul-Rasul hingga kini yang sudah 1440 tahun, ia melalui pelbagai zaman, keadaan dan suasana, namun sewajarnya umat Islam tidak melupakan asas dan natijah dari Hijrah itu sendiri. Kerana ia membina sempadan antara yang benar dan yang tidak benar, yang tulin dan yang asli.

Dalam keadaan cabaran dunia moden sekarang, falsafah dari Hijrah itu sendiri masih unggul untuk menjadi panduan.

Di sinilah kita teringat akan pesanan seorang pemimpin, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Muhamad supaya umat Islam menghayati dan melaksanakan tuntutan Islam yang sebenar berasaskan A-Quran dan Sunnah.

Dalam satu pertemuannya dengan lebih 60 orang tokoh cendekiawan Islam baru-baru ini, beliau mengingatkan bahawa dunia sering mengaitkan Islam dengan kekejaman, peperangan, kemiskinan dan kelemahan dalam ekonomi.

Dalam soal ini, Tun Dr. Mahathir mahu para ulama dan cendekiawan Islam menggunakan ruang terbuka di bawah pentadbiran Pakatan Harapan untuk memaparkan Islam yang lebih berbelas kasihan dan toleransi.

Tun Dr. Mahathir juga mahu umat Islam agar tidak fokus terhadap soal ibadat khusus saja, tetapi juga bidang kemasyarakatan, sains dan ekonomi serta ilmu lain.

Memang sewajarnya beliau memberikan ingatan demikian, setelah melihatkan wajah dunia Islam demikian rupa – bengis, jauh dari kasih sayang, ramah tamah dn toleransi.

Memaang telah lama para pemikir Islam yang progresif merindukan dan memiliki wawasan Islam yang boleh dilihat penuh kasih sayang, toleransi dan seumpamaanya.

Sebab itu, Parti AMANAH sendiri sejak ditubuhkan telah berusaha menebarkan konsep ‘Islam sebagai Rahmatan Lil-Alamin (Rahmat elurruh alam’. Tetapi betapapun toleransi dan terbukanya ia, namun AMANAH tetapi berada dalam orbit Islam, masih sebuah parti bernuansa Islam.

Oleh itu Hijratul-Rasul sangat perlu diisi akan makna dan pengertian yang sebenarnya. Justeru Hijrah itu dalam sejarahnya telah memaktubkan Piagam Madinah yang masyhur itu, iaitu menjanjikan keamanahan dan saling lindung melindungi antara penduduk Madinah terdiri dari Muslim dan Yahudi, walaupun pada penghujungnya Yahudi mengkhianati perjanjian itu.

Kesimpulannya marilah kita benar-benar memaknakan Hijratul-Rasul itu dan melaksanakan tuntutannya.