Malaysia Dateline

“Mengundilah PH, undilah Aiman Zainali”, kata calon PH

Sejurus selesai membuang undi di SMK Engku Hussain, calon PH, Muhammad Aiman Zainali berharap pengundi Semenyih membuat pilihan bijak dengan mengundi parti pemerintah itu.

Bendahari Bersatu Hulu Langat itu berkata demikian kepada kira-kira 30 pemberita yang mengelilinginya ketika diminta mengulas tentang kelancaran proses pengundian.

“Kita lihat kelancaran proses pilihan raya amat baik dan kita berterima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya yang menjalankan tugas dengan baik.

“Insya-Allah saya harap pengundi akan membuat pilihan yang bijak. Hari ini adalah untuk menentukan nasib Semenyih.

“Dan saya harap pengundi buat pilihan yang bijak, yang dapat memberi kebaikan kepada rakyt Semenyih dan insya-Allah mereka semua mengundilah PH, undilah Aiman Zainali. Sekian terima kasih,” tambahnya lagi.