Mengunggulkan Kementerian Pertanian

Peranan Kementerian Pertanian yang dipimpin Salahuddin amat besar dalam membina negara.

Sektor pertanian agak unik. Ia mempunyai perhubungan yang langsung dan tidak langsung dengan sekurang kurangnya tujuh isu nasional.

Malaysia, biarpun sebagai negara yang telah menerima perindustrian sebagai arus pembangunan utama, masih menpunyai perhubungan yang erat dengan ketujuh tujuh isu ini.

Sekiranya, Menteri Pertanian yang terbaru, iaitu Salahuddin Ayub, serta timbalan menterinya Sim Tze Tsin, boleh menghayati ketujuh tujuh dimensi, peluang mereka untuk mencapai satu gandingan yang kuat di antara parti AMANAH dan PKR amatlah tinggi.

Yang pertama, Kementerian Pertanian sudah tentunya akan lebih berdekatan dengan luar bandar. Di sini lah sektor pertanian, perikanan dan perternakan bermula.

Lebih penting lagi, terdapat sekurang kurangnya 120 kawasan pilihan raya di seluruh Malaysia yang didefinisikan sebagai luar bandar.

Kesemua kawasan ini merupakan tulang belakang sektor pertanian, terutamanya 54 kawasan Felda.

Sekiranya AMANAH dan PKR terus prihatin dengan kehidupan petani, nelayan dan penternak, maka gabungan mereka dalam Pakatan Harapan tidak boleh tergugat.

Yang kedua, kawasan luar bandar sebenarnya penampung atau warkah kebudayaan dan tradisi lama. Naik, atau turunnya, nasib sesebuah negara sebenarnya amat berkaitan dengan wacana tradisi, tidak kira apa latar belakang agamanya. Gandingan politik yang berjiwa rakyat akan lebih diterima oleh pengundi.

Yang ketiga, kawasan luar bandar merupakan sistem ekologi dan tunjang kehidupan Malaysia. Sekiranya Malaysia jadi terlalu moden tanpa sebarang batasan untuk menghormati alam sekitar, kerajaan Malaysia akan menghadapi berbagai bagai gejala.

Yang keempat, pendidikan generasi depan Malaysia bukan sahaja akan merangkumi sejarah Malaysia, tetapi juga cara cara untuk membangunkan seluruh pelusuk dan rantau Malaysia. Kementerian Pertanian sahaja yang boleh memberikan kesinambungan di antara pemodenan dan perlinduNgan warisan lama.

Yang kelima, kawasan luar bandar yang disediakan dengan jaringan lektrik, air serta Internet akan mempunyai kesan yang lebih mendadak kepada KDNK Malaysia.

Sekiranya industri pemakanan boleh dikembangkan untuk menampung penggunaan dan pemasaran rakyat Malaysia serta sektor ekspot, maka kawasan luar bandar akan menjadi penjana yang sebenar.

Yang pentingnya, kawasan luar bandar jangan sekali kali dipenuhi dengan sejenis ekspot sahaja seperti kelapa sawit.

Yang keenam, Menteri Pertanian juga berkait rapat dengan kos penghidupan rakyat jelata. Sekiranya sistem pemakanan berkekurangan maka kos hidup akan mengalami inflasi secara impot.

Barangan yang dibeli dari luar negara akan memberikan pelbagai kesan negatif serta penghakisan ekonomi. Namun, sekiranya Kementerian Pertanian boleh menangani perkara ini, maka nasib rakyat akan terus berubah.

Misalnya, Qatar merupakan sebuah negara minyak yang serba kekurangan. Sekiranya Malaysia boleh dijadikan zon proses pemakanan Qatar, maka sektor ekonomi luar bandar akan bertambah kuat.

Terakhirnya, pucuk pimpinan kerajaan pusat sememangnya bertunjang dari luar bandar. Sekiranya Kementerian Pertanian bijak dalam mencungkil anak anak luar bandar untuk berkhidmat dengan kerajaan dan sektor swasta maka generasi inilah bakal menjadi pemimpin yang berwibawa.

Tun Dr Mahathir, Dr Wan Azizah, Anwar Ibrahim, Mat Sabu, rata ratanya datang dari luar bandar sebelum mereka berjaya dalam kerjaya mereka. Kementerian Pertaniaan merupakan titik tolak yang pertama.

CATEGORIES
TAGS