Mengungkit kisah silam adakah membantu kita Selamatkan Malaysia?

Mengungkit kisah silam adakah membantu kita Selamatkan Malaysia?

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Sila baca dan fahami 36 Perkara sepenuhnya dalam Deklarasi Rakyat ini. Ia menjawap segala keraguan yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.

Saya masih berpegang bagi melaksanakan perkara-perkara tersebut mestipun terlebih dahulu perubahan kepimpinan dilakukan.

Kita boleh tunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 tetapi berkemungkinan besar keadaan negara kita akan lebih meruncing.

Hutang Negara akan terus meningkat, kos sara hidup akan terus menekan rakyat khasnya mereka yg berada diperingkat pertengahan dan bawahan.

Jumlah pengganguran setakat ini sudah mencecah 400,000 orang. Manakala 160,000 anak kita yang lulus universiti dan kolej tidak dapat pekerjaan sementara 40,000 rakyat Malaysia terpaksa bekerja di Singapura dengan berbagai jenis pekerjaan sedangkan 1.5 juta rakyat Bangladesh terus diimport selain dari 5 juta rakyat luar negara yang sudah berada di sini.

Dari segi pelajaran 744 anak-anak kita yang cemerlang dan sudah mendapat tempat di universiti di luar negara tidak lagi diberi biasiswa dan pinjiman pelajaran; ini kerana kerajaan mahu menjimatkan RM244 juta sedangkan dalam masa yang sama Kerajaan menuduh penggangguran berlaku kerana pelajaran anak-anak kita tidak setaraf.

Sudah 70 tahun Umno-BN memerintah sepatutnya negara kita lebih maju dan rakyat tidaklah dibebankan dengan bebagai masalah sedangkan pemimpin boleh berjoli dengan wang negara.

Kita tidak tahu apa yang akan dilakukan dari sekarang sehingga PRU akan datang.

Apakah sudah pasti pilihan raya itu akan diadakan? dan jika sekali pun diadakan apakah ianya akan berjalan dengan adil, bersih dan bebas dari segala unsur-unsur yang melanggar undang-undang seperti yang dilakukan pada PRU 13 yang lalu?

Justeru apakah kita perlu terus bersengketa dan bertelagah sesama kita, kita terus syak wasangka sesama sendiri dan kita terus menimbulkan keraguaan dan kesangsian dan melebelkan seseorang yang tak perlu lagi membuang masa dan tenaga diperingkat umurnya yang dah tak lama lagi tinggal.

Apakah melempar tuduhan dan mengungkit-ungkit perkara silam ini semua boleh membantu kita Selamatkan Malaysia?

Tanya diri kita sendiri apakah kita ini bersih dari sebarang kelemahan dan kesilapan. Apakah kita ini terdiri dari kalangan yang maksom ?

Mungkin kita perlu melihat wajah kita dicermin yang lebih besar.

Deklarasi Rakyat bukan untuk individu tertentu jauh sekali untuk kepentingan Tun Mahathir dan keluarga.

CATEGORIES