Malaysia Dateline

Menikmati kehidupan sebelum umur pencen

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya sering mendengar dan membaca di media sosial , rakan-rakan ‘junior’ saya berkata, “apabila saya bersara saya akan …” dan kemudian mereka akan mengisi tempat kosong.

Oleh kerana saya sudah pun ‘terpaksa menamatkan perkhidmatan kerana peraturan kerja’ , saya sering menunggu peristiwa epik yang mereka impikan untuk melihat apa yang akan berlaku setelah mereka sudah sampai hari persaraan mereka.

Imbas dan kira semula detik yang di nantikan, itulah yang diajar kepada kami.

Ia adalah perlumbaan menuju usia 60 atau 62 (dan untuk sesetengahnya 65). Itulah nombor ajaib di mana kehidupan akan menjadi milik anda. Di mana kehidupan akan bermula.

Kerana sekarang ini , ‘hanya kita sendiri yang tahu’ … (chup sat kata orang utara).

Kita masih bertahan dengan apa saja (yang menghasilkan apa yang sebenarnya kita mahu lakukan) yang menyerupai daya kehidupan.

Kehidupan seharian kita dipenuhi dengan “harus” dan bukannya “keinginan”.

Kita dimaklumkan bahawa hanya apabila anda mencapai usia 60 tahun yang didambakan , baharulah anda akan mendapat secercah harapan bahawa perkara yang lepas akan berubah menjadi yang akhirnya.

Bahawa sebenarnya dan akhirnya anda akan dapat melakukan apa yang anda mahu lakukan setiap hari.

Tetapi bagaimana jika kita tidak mencapai usia 60?

Apa akan berlaku jika kita menghabiskan usia muda kita untuk menunda hingga “usia esok?”

Kita boleh melihat ramai yang melakukan ini dan salah satu daripada dua perkara akhirnya menjadi penderitaan kepada mereka:

• Mereka terlalu kusut dari segi kewangan untuk melakukan apa sahaja

• Mereka terlalu lemah secara fizikal untuk melakukan apa sahaja

Bagi mereka yang tidak tergolong dalam majoriti besar ini, mereka akan berehat sebentar daripada bekerja dan mencari pekerjaan lain atau mereka terlalu enggan untuk mencuba melakukan apa sahaja.

Dengan kemungkinan salah satu daripada perkara ini berlaku kepada seseorang ketika berusia 60 tahun, mengapa ada yang masih menunggu untuk terus menghayati kehidupan yang sementara? Tidak kira betapa ‘tenang, tabah dan sabarnya’ anda.

Saya terpanggil berkongsi cerita ini selepas menonton filem Bucket List (2007) di televisyen yang menampilkan Jack Nicholson dan Morgan Freeman mengenai kisah inspirasi untuk mengejar perkara yang selalu anda mahukan.

Namun, premis yang mendasarinya adalah watak-watak ini menunggu sehingga mereka berada di ranjang kematian mereka untuk melakukannya!

Sesungguhnya, filem ternyata sesuai dengan kehidupan sebenar daripada yang ingin kita akui.

Mengapa kita hanya memikirkan untuk mengejar perkara-perkara yang hanya terlintas dalam kehidupan seharian kita; yang tiba-tiba melintas di depan mata kita? Mengapa tidak memilih untuk menjalani kehidupan yang sekarang?

Ingatlah, anda hanya hidup sekali sahaja, anda turut mungkin melakukan sesuatu dengan tidak bertanggungjawab, tetapi dengan sengaja untuk merancang dan meneruskan hasrat anda secara berhemah.

Anda pasti tahu perkara-perkara yang terus muncul di kepala anda untuk dicuba.

Perkara yang menarik minat, firasat dan angan-angan yang ada di kepala anda dari hari ke hari.

Mengapa tidak mencubanya sekarang?

Secara peribadi kita boleh menganggap falsafah ini telah mengikuti setiap kemungkinan pengalaman menarik. Termasuk:

• tinggal atau melancong di luar negara

• bertanding dalam sukan olimpik atau pertandingan sukan besar

• memulakan perniagaan

Anda namakan saja.

Matlamat kita adalah jika kita tidak mencapai usia 60 tahun, kita pasti masih hidup.

Kita dapat mengatakan bahawa kita boleh mati katak kerana kita harus percaya akan kehidupan sekarang.
—————-
Azizi Ahmad adalah pembaca yang tumpang bersedih dengan berita kematian terkini.