Malaysia Dateline

Menjawab satu persatu hujah YB Bachok yang menyokong Sosma – Bahagian 3

Untuk imbas kembali, YB Bacok telah beri 4 alasan mengapa dia dan parti ehem boleh sokong Sosma. Saya dah jawab alasan pertama hingga ketiga dalam dua siri sebelum ini.

Alasan keempat Yb Bachok adalah dia habaq: “Hak kerajaan untuk menahan orang yang disyaki sebagai satu hukuman. Nas tidak membenarkan”.

Jawapan saya: Untuk makluman YB, bukan nas dari Islam sahaja tidak benarkan, hatta mana-mana tok arab bedui pun habaq itu salah dan tak boleh dibenarkan.

Mungkin tok arab bedui tu akan habaq “Ya sheikh tentu lah gomen tak boleh tahan orang yang hanya baru disyaki sebagai satu hukuman sebab hukuman hanya boleh mai jika ada perbicaraan dan itu pun ia mai selepas bicara dah habis. Enta ni pun..awat bawa hujah macam puak CIA pi tahan orang di Guantanamo Bay!”.

Saya tidak pasti adakah YB Bachok sedar atau tidak hujah keempat ini yang dia habaq nas tidak benarkan hakikatnya macam senario kezaliman Sosma yang kami tentang itu iaitu para tahanan Sosma yang disyaki itu ditahan oleh polis hingga boleh mencecah 28 hari tanpa perlu dibawa ke mahkamah untuk mendapat izin tok hakim dulu ibarat dah macam berbentuk sebuah hukuman.

Dengan lain perkataan, senario keempat yang dia bentangkan itu macam senario para tahanan Sosma atau mungkin lebih zalim lagi dari itu.

Saya nak tambah lagi adakah dia juga sedar dalam Sosma itu sendiri selepas 28 hari polis menahan lanjut tahanan Sosma itu -hanya dengan izin pihak polis juga (bukan atas perintah mahkamah)-, polis boleh pula selepas itu minta dipasang di kaki tahanan Sosma itu sejenis alat yang dinamakan “EMD” – “Electronic Monitoring Device” .

Saya masih ingat mendiang YB Karpal Singh ketika berbahas tentang isu pemakaian EMD itu, dia habaq kerajaan jadikan manusia melalui Akta Sosma ini macam binatang.

Bukankah dalam Al-Quran, Allah jamin sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam (manusia)…”

Dan bukankah Syaidina Umar رضي الله عنه juga pernah berkata tentang keperluan melindungi ‘human rights’ dan kemuliaan insan seperti berikut :-

متى استعبدتم الناس وقد ولدتهم امها تهم أحرارا

Maaf, saya terjemah guna bahasa kampung ya yang lebih kurang begini :-

“Sejak bila hangpa boleh pi suka-suka atau diberi lesen untuk memperhambakan manusia ni hoi.. Hangpa tak tahu ke mak depa pi susah-susah beranakkan depa semua sebagai orang yang merdeka (bukan hamba).”

Lihat tu YB, Syaidina Umar r.a. guna perkataan الناس “manusia” yang merangkumi orang Islam dan bukan Islam yang mana kehormatan depa perlu dilindungi.

Saya teringat masa kami -para peguam parti ehem masa itu- kendalikan kes petisyen pilliharaya di Kelantan dan arwah tok guru -ya ayah YB tu- bertemu dengan kami. Masa pertemuan itu, antara lain, arwah bawa kisah Syaidina Umar r.a yang hanya tidur di bawah pokok berbantalkan pelepah pokok kurma.

Apabila rombongan dari sebuah kerajaan pada masa itu melihat pemimpin nombor satu boleh baring hanya di bawah pohon kurma tanpa dikawal oleh bodyguard, depa kagum dan habaq kata-kata masyhur ini:-

حكمت فعدلت فأمنت فنمت يا عمر!

Maaf saya tak terjemah penuh sebab orang parti ehem ramai yang terer bahasa arab.

Gistnya depa habaq “anda adil ya Umar sebab tu anda boleh tidur (di mana-mana tanpa rasa takut).

InsyaAllah, saya ada juga nas ucapan Syaidina Ali كرم الله وجهه iaitu surat Imam Ali kepada gabenornya di Mesir iaitu Malik Al-Asytar رضي الله عنه tentang larangan menzalimi rakyat dan Prof. Sayyid Hossein Nasr pernah memberi ulasan yang agak panjang tentang surat tersebut.

Untuk YB Bachok sebelum nak sokong apa pun apa lagi undang-undang zalim macam Sosma, kena baca dan faham betul betul. Alexender Pope habaq “little knowledge is a dangerous thing”.

Baca juga: Menjawab satu persatu hujah YB Bachok yang menyokong Sosma

Baca juga: Menjawab satu persatu hujah YB Bachok yang menyokong Sosma – Bahagian 2