Malaysia Dateline

Menjawab satu persatu hujah YB Bachok yang menyokong Sosma

Telah menjadi pengetahuan umum bahawa parti ehem (Pas) melalui YB Bachok – Nik Abduh – telah menyatakan secara terbuka menyokong Akta Sosma 2012 (“Sosma”) di Parlimen pada 26 Julai baru-baru ini di Parlimen.

Untuk rekod, sebelum ini parti yang sama membantah Akta Sosma di dalam dan di luar Parlimen. Nampak ketara depa dah berubah kini 180 darjah.

Dalam Parlimen baru-baru ini, YB Bachok secara jelas habaq “Sosma tidak keluar dari landasan Islam..” . Apa alasan dia? Jom kita lihat satu persatu.

Ketika berbahas, YB itu habaq dia hendak sebut fasal nas tapi dia juga habaq dia hanya sekadar nak kongsi perbahasannya sahaja dan bukan menyebut nasnya.

Sebab itu saya dan semua YB parti AMANAH tunggu punya tunggu nas dari mulut dia tak keluar satu pun. Ehem…

ALASAN PERTAMA dia sebut hak kerajaan untuk menahan individu yang tidak bersalah. Dia habaq “nas menyatakan itu jelas salah kerajaan”.

JAWAPAN SAYA. YB, yang bab itu, maaf kata, YB tak perlu sebut Nas pun (sama ada nas naqli seperti dari Al-Quran atau Al-hadith atau nas aqli ).

Dalam mana-mana sistem perundangan – hatta yang tidak bersandar pada nas ilahi pun – depa habaq benda itu tetap salah.

Hatta dalam sistem perundangan di Republik Congo atau sistem perundangan di negara orang orang eskimo pun, depa habaq hal macam itu memang salah.

ALASAN KEDUA, dia habaq adalah menjadi hak kerajaan untuk menahan individu yang bersalah sebagai hukuman.

Dia habaq “Nas adalah membenarkan”.

JAWAPAN SAYA. Itu pun tak perlu sebut Nas YB. Mana-mana sistem perundangan pun setuju benda itu hatta sejak zaman, orang habaq – “Code of Hammurabi” – undang-undang zaman Babylon pada 1750 an BC lagi, itulah posisi undang-undang.

Baiklah, katakan untuk tujuan berhujah, saya ambil dan pakai hujah YB itu.

Maknanya, jika seseorang itu bersalah, mahkamah kena jatuh kan hukuman. “Mafhum muhkhalafah”nya (makna sebaliknya) bila orang yang didakwa, katakan, diputuskan tidak bersalah oleh mahkamah, maka logiknya mahkamah kenalah bebaskan orang itu kan? Ke lagu mana?

Isunya, Sosma tak kata begitu YB. Tahukah YB dalam seksyen 30 Akta Sosma hatta setelah selesai perbicaraan dan dan pendakwa telah memanggil semua saksi dan dah habis juga kemukakan semua bukti dan keterangan dan mahkamah pula putuskan orang yang didakwa itu TIDAK BERSALAH, mahkamah masih tak boleh bebaskan orang yang tak bersalah itu. Tahukah YB perkara itu? Dan adilkah begitu?

Adakah YB tahu dalam seksyen 30 Akta Sosma yang YB dan parti YB pakat sokong itu, pendakwa boleh minta tok hakim untuk terus tahan orang yang tidak bersalah itu dan tok hakim pula kena ikut arahan pendakwa.

Come on YB … be sensible.

Takkan lah Islam sebagai agama yang memerintahkan keadilan untuk ditegakkan dan kezaliman pula wajib ditentang boleh terima undang-undang seperti seksyen 30 Akta Sosma itu?

Insya Allah sambung part 2 esok (takut terlalu panjang)

YB Sepang.
30/7/2022.