Menjelang aidilfitri, harga telur menjunam jatuh

Oleh ROSLAN ZAMAN

Harga telur dilaporkan turun mendadak melebihi 50 peratus dari harga asal. Perkara ini mengejutkan orang ramai yang mendakwa tidak sangka harga sepapan telur boleh dapat semurah ini.

Seorang pengguna X @gutterpercha80 berkongsi pengalaman melihat harga telur murah di pasar raya yang dikunjunginya. Perkara ini dikuatkan lagi dengan pengguna lain berkongsi harga telur di tempat masing-masing.

Harga sepapan telur yang ditunjukkan turun dari RM11.40 menjadi RM5.99 telah menarik ramai perhatian netizen di bahagian komen sambil ada yang turut memerli usaha kerajaan.

“Macamana boleh turun ni, Zaman Madani mesti kena naik harga semua” . ujar seorang netizen.

“Alhamdulillah terbaik kerajaan madani. Belum pernah dalam sejarah musim perayaan harga barang menurun. Mana pejuang telur dulu? Sila munculkan diri..”, usik seorang lagi.

Menurut laporan, kestabilan harga makanan ayam dan subsidi kerajaan kepada penternak menjadi fakor utama penurunan ini.

baca: Harga telur mahal sangat, ladang di Amerika Syarikat tawar sewa ayam telur kepada penduduk