Menjelang Deepavali, Mujahid turun padang raikan 230 golongan memerlukan

Oleh KIM SYAZIE

Menjelang sambutan Hari Deepavali yang begitu hampir, Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof meneruskan agenda peduli rakyat dengan menyantuni golongan yang memerlukan di Taman Semarak, Parit Buntar hari ini. 

Beliau turun padang bersama AMANAH kawasan Parit Buntar meraikan 230 penerima dengan menyumbangkan duit raya sempena Deepavali serta juga menyampaikan bantuan barangan keperluan harian bagi zon Titi Serong. 

Malah golongan yang diraikan terdiri dari pelbagai peringkat usia dengan harapan sumbangan yang disalurkan dapat dimanfaatkan menjelang sambutan Deepavali yang akan datang tidak lama lagi. 

Datuk Dr Mujahid Yusof meraikan penerima sumbangan Deepavali di Taman Semarak, Parit Buntar hari ini.

Baca juga: Kecurian REE di Kedah, MB jangan biar rakyat tertanya-tanya