Menjelang PRU15 ini tiba-tiba teringat kisah arwah Tok Mun atau Maimun Yusuf yang bertanding dua kali pilihan raya umum yang cuba mendapatkan kuasa politik.
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Seri Cendekiawan (Abdullah Sidek) mengimbau semula kisah Tok Mun apabila yang disifatkannya sebagai calon wanita dalam kalangan marhaen, yang hidup susah dan miskin.
“Bila nak PRU ni admin teringat kepada Maimun Yusuf, dikenali sebagai Tok Mun yang pernah ambil calon bebas bagi Parlimen Kuala Terengganu dalam PRU-ke 12 dan PRU-ke 13.
“Tok Mun juga merupakan calon tertua bagi kedua-dua PRU-tersebut.
“Tok Mun mungkin tiada pengaruh tetapi beliau merupakan marhaen yang cuba mendapat kuasa politik,” tulis beliau.
Katanya, jika dipertikan tidak banyak marhaen yang betul-betul susah dan miskin yang mengisi parlimen tetapi kebanyakkan mereka adalah golongan korporat atau jutawan mempunyai banyak duit.
“Yang berpangkat Tan Sri, Dato Seri yang paling banyak mengisi parlimen kita hari ni.
“Walaupun banyak pangkat itu diperoleh selepas menjadi ahli parlimen tetapi ramai juga yang memang sedia memegang pangkat tersebut sebelum menyertai politik,” katanya.
Arwah Tok Mun pernah bertanding 2 kali di Parlimen Kuala Terengganu, rupanya arwah memang berhasrat untuk bertanding lagi pada PRU15 ini namun tidak kesampaian.
Arwah Tok Mun telah meninggal dunia pada 3 Julai 2022 lalu pada usianya 103 tahun di rumahnya di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu.
Pada PRU12 (2008), Tok Mun yang ketika itu berusia 88 tahun, bertanding buat pertama kali sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan meraih perhatian media antarabangsa kerana mencabar calon kuat Pas ketika itu Mohamad Sabu dan Barisan Nasional (BN) (Allahyarham) Datuk Razali Ismail.
Dia yang kalah teruk hingga hilang wang deposit, sekali lagi bertanding pada PRU13 juga di kerusi parlimen sama, mencabar calon BN Datuk Mohd Zubir Embong dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang mewakili Pas ketika itu. Sekali lagi warga emas itu hilang wang deposit.
Namun pada PRU-14, beliau tidak bertanding kerana tidak mempunyai modal tetapi sedang mengumpul modal untuk PRU-15.
“Baru-baru ni, ada orang kabor (beritahu) suruh tok siap sedia jadi calon sebab tak lama dah nak pilihan raya, tapi tok kabor tak dok pitih (tiada duit)… tengoklah nanti guaner (tengoklah nanti macam mana), kalau ada duit tok masuk tanding calon bebas pakai logo istana,” kata arwah tidak lama dulu.
Baca juga: Raja-raja Melayu dicadang tolak individu sabitan fitnah di mahkamah jadi menteri kabinet
Baca juga: Anak kambing dilahir berwajah manusia