Malaysia Dateline

Menjiwai Rahmatan Lil A’lamin

Sebagai wanita muda yang memilih untuk bersama Parti Amanah Negara, saya melihat Konvensyen Nasional yang dilaksanakan selama 3 hari merupakan “retreat” parti secara terbuka khususnya untuk pemimpin.

Melihat dan mendengar sendiri ucapan perwakilan dari seluruh Negeri, terlihat kematangan para perwakilan dan pemimpin dalam menguraikan isu-isu yang tersirat dan tersurat

. Tidak ada adegan yang menyakitkan. Ia berjalan dengan keterbukaan dan tenang sekali. Walaupun ada isu panas yang menjengah, suasana harmoni tetap mendominasi konvensyen.

Konvensyen ini mengikat kembali tautan diantara perwakilan dan pemimpin. Menilai semula gerak kerja grassroots yang bersungguh memenangkan Parti. Menjiwai slogan Rahmatan Lil A’lamin dengan sesungguhnya dan bukan sekadar petikan dari ayat Quran. Pemimpin inilah role model buat kami anak muda yang memilih untuk bersama Parti Amanah Negara.

Isu komunikasi dan media antara isu yang sangat penting untuk diambil tindakan wajar. Ada banyak iniseatif dan insentif yang telah dilaksanakan oleh pak menteri dari kalangan pemimpin kita. Cuma gagal dihebahkan di media. Isu komunikasi sangat memainkan peranan. Politik ini berperang dengan persepsi dan media.

Antara ucapan penggulungan yang menggunakan slideshow dan menunjukkan laporan insentif dan inisiatif yang telah dilaksanakan adalah Pengerusi Negeri Melaka  Adly Zahari,  dua Naib Presiden  Datuk Seri Dr  Mujahid Yusuf  dan  Datuk Seri  Dr Dzulkefly  Ahmad  Ucapan  Presiden Mohamad Sabu sentiasa menjadi favourite dan antara ucapan yang dinantikan.

Suka juga saya men-highlight-kan ucapan dari AJK Nasional, Dr Siti Mariah Mahmud , yang menekan kepada dikalangan  lantikan politik untuk tidak membolot semua jawatan. Beri peluang kepada orang lain untuk merasa.

Kesimpulannya, pimpinan parti harus mengambil peluang yang ada bagi memastikan kelangsungan jangka panjang. Ambil mereka yang bekerja dengan parti selama ini untuk bekerja dengan  YB kita. Mereka adalah organ parti. Media Oren juga adalah organ parti. Menjaga kebajikan ahli,  parti tidak susah cuma harus disusun dengan bijak.

Saya yakin dan pasti, kita semua cuba sedaya upaya untuk berjuang. Harapan saya selaku wanita muda yang telah bersama AMANAH sejak awal penubuhannya agar parti  ini terus melebarkan sayap Rahmatan Lil A’lamin secara inklusif.

Wanita Muda Amanah Nasional juga berhasrat untuk bersama menggerakkan parti yang dicintai ini.

*Prnulis adalah Naib Timbalan 1 Wanita Muda Amanah Nasional (Warda)