Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
‘Menteri agama, berjiwa kafir’: Perangi virus bersalut agama

‘Menteri agama, berjiwa kafir’: Perangi virus bersalut agama

Oleh USTAZ ZOLKHARNAIN ABIDINFebruary 2, 2020 5:05 pm




Virus ini mula ditemukan di negara ini sekitar tahun 1981 di wilayah Paradong. Ucapan seorang pemimpin sebuah parti politik Islam (?) disahkan sebagai simptom utama mangsa virus ini.

Ucapan pemimpin berkenaan yang melabel parti politik lawannya mengamalkan perlembagaan penjajah, dan melawan parti politik itu dianggap jihad dan mati syahid kemudiannya diangkat menjadi amanat pengucapnya.

Selepas amanat itu dicetak dalam bentuk poster pelbagai saiz yang dijual atau diberi percuma, virus itu terus disebar daripada seorang kepada seorang yang lain atas nama menjelaskan batas-batas iman dan kufur.

Namun, penjelasan batas-batas iman dan kufur itu bertukar menjadi medan mengkafirkan orang lain yang tidak sejemaah dan tidak sealiran cara fikir. Bahkan, pembawa virus ini menganggap orang yang keluar dari kumpulan mereka sebagai merungkai ikatan Islam dari tengkuk.

Pembawa virus ini dengan keyakinan bahawa mereka bakal menghuni syurga, giat mengembangkannya melalui udara (ucapan). Mudah sekali virus ini tersebar khususnya dalam kalangan orang agama kerana virus itu pembawa asalnya adalah orang agama.

Simptom lain mereka yang dijangkiti virus ini ialah boikot kenduri-kendara, boikot solat berjamaah, batalkan perkahwinan dan ceraikan isteri. Pendek kata, pembawa virus akan melihat orang yang belum terjangkit virus ini sebagai kotor, aqidah tak betul dan kalau mati dalam keadaan tak terjangkit akan berdepan dengan azab neraka.

Simptom lain ialah gemar hafal nombor keahlian, angkat jari tengah dalam masjid, berasa diri suci, halaluna haramukum dan selesa menampil gaya hidup mewah. Simptom ini bertambah dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan.

Pembawa virus ini juga pandai mencari dalil untuk menghalalkan tindakan mereka. Jika tindakan itu dibuat oleh bukan pembawa virus, tindakan itu dianggap haram. Sebaliknya jika sesuatu tindakan lahir daripada pembawa virus, dianggap halal.

Mereka juga bijak mengawal keselamatan virus yang mereka bawa supaya jangka hayat virus itu panjang dan terus segar untuk tersebar. Pembawanya didapati menggunakan kenderaan rasmi mahal iaitu Mercedes S450.

Walaupun sudah hampir 40 tahun virus itu wujud, sukar sekali virus itu dibanteras. Antara punca yang dikenalpasti ialah, pembawa virus itu tidak sedar atau tidak mengaku mereka adalah pembawa. Punca lain ialah, pandai menyalut virus itu dengan salutan agama supaya dilihat tidak berbahaya.

Selepas PRU 14, pembawa virus ini menampilkan simptom baru yang berupaya menyumbang kepada suasana tidak tenteram dalam negara iaitu sebar berita palsu. Mereka berbuat begitu kerana perasaan tidak puas hati dengan kekalahan mereka dalam PRU yang lalu.

Paling menyakitkan hati mereka ialah, ramai individu yang selamat daripada terjangkit virus ini mendapat kedudukan penting dalam kerajaan. Gagasan Rahmatan Lil Alamin yang diperkenal untuk mengekang penebaran virus ini mereka ubah menjadi rahmatan lil kafirin.

Pembawa virus ini menganggap dirinya lebih pandai daripada pihak lain. Dalam hal agama, mereka berasa lebih islamik berbanding pihak lain. Justeru, kalau membaca artikel atau berita, mereka hanya membaca tajuknya sahaja. Tajuk sensasi itu mereka jadikan bahan untuk menyalahkan pihak yang tidak sealiran dengan mereka.

Terbaru, virus ini dikesan menjangkiti seorang agamawan. Ketika negara sedang sibuk mendepani virus corona, seorang agamawan dikesan menulis, “Menteri agama, berjiwa kafir.” Khabarnya, ambulans sudah dipanggil dan dia dijangka akan berdepan tindakan kuarantin dalam tempoh terdekat.

Virus ini memang sukar dikekang. Sarangnya ialah otak. Salutannya agama. Masjid dan surau menjadi tempat utama virus ini tersebar. Kini media sosial turut diguna di samping medium ceramah dan kuliah sebagai medium paling berkesan semenjak dahulu.

Masyarakat perlu peka dan mengambil vaksin kefahaman Islam yang sebenar, berpemikiran sederhana, mengelakkan fanatik kaum dan agama serta melihat Islam sebagai rahmat untuk semua bagi mengelak terjangkit virus ini.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production